Lawatan ke Terengganu dan Kelantan-part 5

Selesai di Pasar Khadijah, rombongan kami ke destinasi terakhir sebelum pulang ke KL iaitu Rantau Panjang. Disinilah tempat yg Sherrina dok tunggu-tunggu sebab kat sini le Sherrina plan nak sopping sakan. Kat sini banyak barangan dari Thailand yang murah-murah macam jeans, t-shirt branded, kasut, beg dan lain-lain. Dulu di Pasar Khadijah ada dijual tapi pagi tu pegi, takde dah. Tatau le kenapa takde lagi. So memang harap sangat gi Rantau Panjang ni.


Cuaca panas terik…..aduhhhh….melemahkan semangat nak sopping


Terliur melihat deretan beg-beg yang cantik dan mahal (jika ori)


Selipar macam-macam design


Seluar jeans Levi’s dengan ejaan yang tepat. Bukan Live’s ataupun Libas. Dulu masa gi KB problem nak beli jeans Siam ni sebab masalah saiz. Saiz besar memang takde. Tapi kini ada di pasaran. Barangkali permintaan bertambah agaknya. Harganya mahal sket daripada saiz-saiz normal tapi masih lebih murah daripada original. Saiznya menjangkau ke saiz 48. Cuma design tak banyak le. Masa Sherrina beli ni ada satu kaler je, biru tua. Balun ajelah, janji ada. Harganya RM36 setelah tawar-menawar.


Gerai menjual pelbagai jenis kacang

Sherrina sempat membeli sehelai jeans Levi’s, sehelai t-shirt U2 untuk adik Sherrina berharga RM20, sebuah bag pack jenama Camel Mountain berharga RM50 setelah pusing satu pekan survey semua kedai, hanya satu kedai ni je yg sudi kasi rega RM50. Sangat suka hati sebab bag Nike yang dulu dibeli di KB sudah rosak akhirnya (kat 5 tahun pakai beg ni). Sangat suka hati sudah ada beg baru. Then beli sepasang kasut Nike juga ada saiz besar, pada harga RM50 sepasang selepas tawar-menawar. Dah lama tak jalan-jalan pakai sneakers. Asik selipar dan kasut keje aje.

Rombongan kami bergerak pulang ke KL jam 2 petang. Singgah makan tengahari di R n R Gua Musang dan sampai di KL jam 10.30pm. Sangat letih tapi sangat gumbira. Thanks to pihak penganjur sebab sudi organize trip yang sangat best ini 🙂

Satu mende menarik yang saya pelajari semasa trip ini ialah barang-barang di Wakaf Che Yah lebih murah berbanding di tempat lain. Itu yang ramai mengeluh apabila melihat harga di Pasar Siti Khadijah dan mula menyesal tak sudah. Nasib baik saya sudah memborong seadanya dan lebih memberi tumpuan kepada barang-barang di Rantau Panjang. Hoorayyyy!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *