Category: Uncategorized

  • Review Crash Landing on You daripada kaca mata seorang yang tak gemar drama Korea

    Macam tak percaya aku akan tulis ini tapi kena tulis juga. Mana tau lepas luahan perasaan ni membolehkan aku cepat sikit move on ? Ini adalah review siri Crash Landing On You (CLOY) daripada perspektif orang yang tak ikuti siri drama atau filem Korea. Sebagai seorang yang tak mengikuti hal-hal Korea Selatan dengan begitu rapat,…

  • 10 Intipati Perbincangan Masa Depan

    Malam tadi sempat mencuri masa berjumpa dengan dua pelajar Peluang Kedua di Man Bai Ikan Bakar yang terletak di Jalan Sungai Buloh. Hafez sudah di tahun akhir Diploma Perakaunan di KPTM manakala Bukhari baru sahaja bekerja di syarikat Abdel Cuci selepas percubaan menyambung pelajaran di IKBN dan kemudian di Kolej Hafiz tidak begitu berjaya. Saya…

  • JomBaca SK Taman Rakan: Hari ke-5

    Jari halus mencuit siku. Aku toleh ke belakang. Seorang murid lelaki darjah 2 menghulurkan duit syiling. “Ini untuk cikgu. Ikhlas.”, katanya sambil tersengih. Ini duit bayar cikgu sebab ajar kamu baca ke?, kak Mimi berseloroh dengan murid itu. Eh…betul ke ni? Nanti mak kamu marah duit belanja bagi orang lain. Aku cuba menduganya. “Tak apa.…

  • Mentor Bisnes Untuk Asnaf

    Terima kasih Chef Syafiq kerana sudi turun padang mengajar asnaf cara berniaga makanan yang betul. Cara mengira kos, cara memilih bahan mentah, pemilihan produk untuk dijual, mengira harga jualan yang sesuai bagi mendapat untung yang dikehendaki dll. Siapa yang pernah belajar dengannya pasti tau betapa tinggi kualiti ilmu yang dia berikan. Ilmu yang relevan dengan…

  • Filem: Victoria and Abdul

    Filem yang dibikin daripada kisah benar mengenai Queen Victoria dan pembantu dari India bernama Abdul yang diangkat menjadi munshi kepadanya sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1901 dan Abdul dihalau balik ke negara asalnya. Segala catatan, foto dan bukti kewujudannya di akhir hidup Queen Victoria dihapuskan oleh istana. Sejarah yang terbenam ini telah digali oleh penulis…

  • Usop – Selamanya

    Puas aku utuskan surat cinta Namun kau balas dengan derita Mengapa tidak kesampaian Untuk aku milikimu Mengapa kita kasih yang terpisah Bersatu cumalah hati Menangis sedih biarlah Ku temui di taman fantasi Hasrat aku hanya memilikimu Berkejar di alam fana cinta Senyum mu tiada ternilai Tapi semuanya dusta Tapi Malam malam indah kian bercelaru Mendoakan…

  • KISAH GURU YANG TIDAK MAHU MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN.

    Sekumpulan pemuda menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka. Salah seorang daripada mereka melihat bekas guru sekolah rendahnya hadir dalam majlis pernikahan itu. Seorang pemuda itu segera mendatangi dan bersalam dengan bekas gurunya dengan penuh hormat..sambil berkata: *”Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”* Bekas gurunya menjawab: *“Tidak ingat* Pemuda itu hairan dan bertanya lagi, *”Eh,…

  • Filem Wira: Watak Raja Merah

    Filem Wira sedang ditayangkan di pawagam. Aku telah berpeluang menontonnya pada hari Sabtu yang lepas. Filem sangat bagus cuma aku kesal kerana menonton dengan orang-orang pentingkan diri sendiri. Emak ayah bawa anak kecil menonton filem yang penuh dengan adegan ganas. Untuk mengaburkan anak, dipasangkan lagu kanak-kanak pada handphone. Berkumandang lagu kanak-kanak sebagai latar filem Wira.…

  • Hello Blog Yang Bersawang

    Kasihan blog aku ni. Terbiar sepi tidak berpenghuni. Tuannya sibuk terkinja-kinja di FB, Twitter, IG dan WhatsApp saban hari. Sekadar bayar domain dan hosting sahaja supaya blog ini tidak terbenam. Mungkin dah sampai masanya aku kembali ke sini. Media sosial semakin bising dan nyaring. Sesak lagi menyesakkan.

  • Monologue #8

    Malam yang tenang Berbual panjang Hingga larut malam Gelak ketawa riang Tiada kerisauan Atau Serius bila topik yang tegang Mengupas kenangan silam Dari saiz kurus membawa ke saiz bambam Bahan membahan tanpa gores emosi Tanpa menyimpannya dalam hati Kerana kita tahu itu cara kita berlucu Tiga minggu yang gembira Akan dikenang sampai bila-bila Masa mencemburui…