KISAH GURU YANG TIDAK MAHU MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN.

Sekumpulan pemuda menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat bekas guru sekolah rendahnya hadir dalam majlis pernikahan itu.

Seorang pemuda itu segera mendatangi dan bersalam dengan bekas gurunya dengan penuh hormat..sambil berkata:

*”Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”*

Bekas gurunya menjawab: *“Tidak ingat*

Pemuda itu hairan dan bertanya lagi, *”Eh, cikgu tak ingat saya?”Saya lah murid Cikgu 20tahun dulu

“Maaf Cikgu saya kan… murid yang *mencuri jam tangan* salah seorang kawan di dalam kelas tu.

“Ketika itu murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

“Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya *”pencuri”* dan saya pasti akan menanggung malu sepanjang hidup.

“Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri mengadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan helaian kain.

“Cikgu memeriksa setiap poket kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

“Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Ketika itu saya berasa amat cemas..pastinya cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya juga.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

*”Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.*

“Cikgu masih ingat lagi saya tak?”

*”Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?*

Sayalah murid itu dan cerita ini adalah kisah pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.

Saya sangat mengagumi Cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan jujur, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:
Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya…

_”Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, *Sebab saya sangat mengasihi murid-murid saya”*._

Pemuda tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada bekas gurunya

Hikmah yg dapat diambil:

Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan atau aib orang lain.

*Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah tenggelam lagi hidupnya pada masa depannya.*

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *