Cara Backup Photo Album dan Video Dalam Facebook, Instagram dan Vine

Adakah anda seorang pengguna Facebook tegar? Pengguna Instagram tegar? Upload segala kenangan terindah anda di Facebook dan Instagram?

Pernah tak terfikir apa jadi dengan gambar tu semua kalau tiba-tiba anda tak boleh login ke akaun anda? Atau tiba-tiba akaun anda kena hack? Nangis tak? Haruuuuuuu……

Maka, sebagai pengguna bijak. Anda segeralah download segala gambar tu dan simpan le dalam pendrive ke, Dropbox ke Google Drive ke. Tapi nak download tiap satu makan masa kan. Kena pula kaki selfie. Beribu lemon gambar dalam photo album.

Hari ni Sherrina nak kongsikan teknik mudah nak download semua gambar. Malah, anda boleh juga download gambar dari Facebook kawan anda. Download dari Group yang anda join. Fanpage yang anda Like. Hmmm….bahaya juga alat ni. Maka, segera semak gambar-gambar anda kot ada yang tak sepatutnya.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk bantu backup gambar dari Facebook kawan anda seandainya kawan anda yang mengalami masalah nak login ke Facebook dia sendiri. Ini kerana Sherrina telah cuba teknik ni. Kawan Sherrina tak boleh akses ke Facebook dia kerana tak ingat password. Nak retrieve password daripada email pun tak boleh sebab email dia sudah kena recycle akibat dah lama sangat tak buka. Maka apa yang Sherrina buat ialah backup semua gambar dalam Facebook album dia, create akaun Facebook yang baru dan upload semula.

Ok, untuk ini anda perlu buat di komputer. Buka http://www.picknzip.com/

 

pick n zip

Ada 3 pilihan untuk backup iaitu Facebook, Instagram dan Vine. Sherrina akan tunjukkan kaedah menggunakan Facebook. Sebelum anda klik Facebook Download, pastikan anda sudah login di Facebook terlebih dahulu. Selepas itu Facebook akan tanya kebenaran mengenai apps ni. Pilih je Yes dan anda akan dibawa ke skrin berikutnya.

pick n zip 1 Di sebelah kiri ada 3 bahagian iaitu FRIENDS, GROUPS dan PAGES. Bila anda klik setiap satu, anda akan dapat lihat senarai friend anda, senarai group yang anda join dan pages yang anda like. Oleh itu pilih satu yang nak backup. Dalam contoh ni, Sherrina akan pilih Friend iaitu A J Nuruddin. Jangan terkejut jika ia ambil masa nak loading. Tunggu aje, nanti akan muncul, insya’ Allah.

pick n zip 3

Bila sudah klik nama friend atau nama sendiri, anda akan lihat 6 tab: Tagged, Albums, Selected Album, My Selection, Videos dan Download.

Tagged ialah gambar yang orang lain upload di Facebook dia tapi dia tag nama anda. Macam dalam foto diatas.

Albums ialah foto album dalam Facebook tersebut.

Selected Album ialah photo album yang anda pilih dengan cara klik pada album-album tersebut.

My Selection ialah foto yang anda pilih dengan cara klik pada foto tersebut.

Videos ialah video-video yang ada dalam akaun Facebook tersebut

Download ialah untuk download pilihan

Mari kita mulakan. Anda ingin download foto dalam Tagged. Klik pada tab Tagged. Anda boleh pilih mana foto yang anda mahu download. Atau klik SELECT ALL untuk download semua. Selepas itu, pergi ke My Selection untuk melihat apa yang anda dah pilih.

pick n zip 7

 

Kalau dah ok, klik pada tab Download dan klik pada Download my selection.

pick n zip 6 Soalan ini akan terpapar. Pilih ZIP untuk download dalam bentuk fail ZIP yang mana kemudiannya anda boleh unzip menggunakan perisian Zip.

pick n zip 8

pick n zip 10 Bila ia sudah download dan proses sehingga 100%, butang SAVE akan terpapar. Klik dan pilih dimana anda nak Save fail ini. Selepas itu, gunakan perisian WinZip, WinRar atau apa sahaja perisian Zip untuk unzip file tersebut dan lihat gambar didalamnya. Lihat pada bulatan kuning dalam gambar dibawah.

pick-n-zip-11

Jika ada hanya album tertentu sahaja anda ingin download, boleh buat secara manual dengan klik pada ALBUMS, mouse over pada album berkenaan (jangan klik, lalukan mouse aje) dan klik pada anak panah yang muncul. Nanti akan muncul pop-up suruh pilih nak download sebagai Zip atau PDF. Pilih Zip.

pick-n-zip-12

Untuk download video juga kaedah sama cuma ia ambil masa lebih lama berbanding foto sebab saiz fail video biasanya besar. Klik pada VIDEOS. Mouse over pada video berkenaan dan klik anak panah. Ia akan tanya nak save dimana. Pilih destinasi dan save. Video akan dimuaturun dalam format MP4.

So begitulah caranya. Instagram tak sure sebab tak cuba. Bolehlah korang test. Sebelum akaun Facebook digugat atau diancam, cepat-cepat backup photo album anda sebelum semua kenangan anda berkubur selamanya….. selamat mencuba http://www.picknzip.com/

1 thought on “Cara Backup Photo Album dan Video Dalam Facebook, Instagram dan Vine”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.