License To Thrill A Bond Concert di Istana Budaya

Dapat tiket free menonton konsert License To Thrill A Bond Concert di Istana Budaya pada bulan Nov tahun lalu. Ini kiranya post tertunggak le ni. Jangan pula ingat konsert ni masih ada di Istana Budaya.

 

License To Thrill A Bond Concert 

Sebagai peminat filem James Bond, memang suka sangat le dapat tiket percuma ni. Cumanya Sherrina suka menonton filemnya. Lagunya tidaklah ambil perhatian sangat kecuali 2 lagu yang sangat diingati iaitu lagu dalam filem Casino Royale dan Skyfall.  Jenuh tunggu le sampai hujung concert baru keluar 2 lagu tu. Perghhhhh kalaulah ada rakaman video kan best!

License To Thrill A Bond Concert Antara artis yang menjayakan konsert ini ialah David Shannon, Jaclyn Victor, Salamiah Hassan, Nikki Palikat dan Simon Bailey.

License To Thrill A Bond Concert-2 Eh, ada kucing dalam Istana Budaya lah.

License To Thrill A Bond Concert-3 Ada sesi bertemu peminat selepas konsert. Jenuh tunggu, lambat sangat depa keluar. Balik terus lah lagipun masa tu hari nak hujan. Apa pun, tak sabar tunggu filem James Bond yang dijangka akan ditayangkan tahun ini. Tajuknya Spectre.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.