Kolam Renang Kompleks MSN Setiawangsa

Daripada ketika kawasan kompleks sukan ini dibina, Sherrina sering tertanya-tanya. Adakah orang awam dibenarkan masuk atau khas untuk atlit sahaja? Setelah siap pun masih belum ada tanda yang ia dibuka pada orang awam.

Hinggalah semasa cuti raya haji, kawan baik Sabiha memberitahu yang kolam renang itu sudah dibuka kepada awam. Serius??? Oklah kita cuba tengok entah ye ke tak.

Jadi pada hari Selasa yang lalu kami ke sana membawa pakaian renang. Bila ke kaunter, Sherrina baca maklumat yang disediakan. Yuran masuk ialah RM2 untuk dewasa dan dibuka Selasa hingga Ahad. Isnin tutup untuk kerja maintenance.

 

Swimming Pool Majlis Sukan Negara Setiawangsa 14
Kompleks MSN Setiawangsa ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin

    Swimming Pool Majlis Sukan Negara Setiawangsa 3

Gelang yang mesti dipakai untuk masuk menggunakan kolam renang. Diberi setelah buat bayaran.

 

 

Ada rak kasut dan locker berkunci. Sila bawa syiling 50 sen yang lama.
Ada rak kasut dan locker berkunci. Sila bawa syiling 50 sen yang lama.

 

Peraturan menggunakan kolam renang ini
Peraturan menggunakan kolam renang ini
Memang dibuat untuk latihan renang.
Memang dibuat untuk latihan renang.
Masih cantik dan bersih. Baru dibina.
Masih cantik dan bersih. Baru dibina.
Kedalaman semua kawasan sehingga tali hijau ialah 1.5 meter sekata. Takde kawasan yang mula-mula landai kemudian makin dalam.
Kedalaman semua kawasan sehingga tali hijau ialah 1.5 meter sekata. Takde kawasan yang mula-mula landai kemudian makin dalam.

 

Panjang ialah 30 meter.
Panjang ialah 30 meter.

 

Bahagian ini tak boleh masuk. Ia hanya untuk kursus diving yang akan ditawarkan disini.
Bahagian ini tak boleh masuk. Ia hanya untuk kursus diving yang akan ditawarkan disini. Ishhhh geram je tengok rasa nak masuk. Best berenang dalam kawasan dalam seperti ini.
Jaga-jaga. Kedalamannya 5 meter! Bila lihat dari dalam air, cantik sangat.
Jaga-jaga. Kedalamannya 5 meter! Bila lihat dari dalam air, cantik sangat.
Kemudahan bilik mandi yang baru dan bersih. Elok bawa shampoo kerana pekat juga klorin dalam kolam ni. Keras rambut dibuatnya.
Kemudahan bilik mandi yang baru dan bersih. Elok bawa shampoo kerana pekat juga klorin dalam kolam ni. Keras rambut dibuatnya.

 

Locker berkunci juga disediakan didalam bilik persalinan. Tapi Sherrina prefer guna yang di tepi kolam. Sambil berenang boleh perhati.
Locker berkunci juga disediakan didalam bilik persalinan. Tapi Sherrina prefer guna yang di tepi kolam. Sambil berenang boleh perhati.

 

Jadual penggunaan kolam renang serta yuran
Jadual penggunaan kolam renang serta yuran

 

Jika nak mandi di hari Sabtu atau Ahad, kena beli tiket pada hari kerja. YB KJ, letak le staff kerja di hujung minggu.
Jika nak mandi di hari Sabtu atau Ahad, kena beli tiket pada hari kerja. YB KJ, letak le staff kerja di hujung minggu.

 

Secara keseluruhan memang puas hati berenang disini. Jauh lebih bersih berbanding di kolam renang Majlis Perbandaran Selayang dan lebih dalam dan luas dibanding dengan kolam renang di KKlub Taman Melawati. Maklumlah kolam renang latihan atlit kan. Kepada yang tinggal sekitar Wangsa Maju, Ulu Klang dan kawasan sewaktu dengannya kini sudah ada alternatif tambahan untuk latihan renang.

Ramai bertanya sesuai ke untuk kanak-kanak? Jika memang pandai berenang, ya. Jika tidak, pergi KKlub lagi fun kot ada gelongsor lagi disana. Orang dewasa yang kurang mahir berenang pun mungkin sukar lebih-lebih lagi jika ketinggian kurang daripada 1.6m sebab takde tempat yang landai.

Apa pun kepada yang suka berenang, check out Kolam Renang Kompleks MSN Setiawangsa ini yang terletak di Seksyen 6 Wangsa Maju sebelah Rumah Pam Wangsa Maju, di jalan utama menuju ke Pasaraya Hero.

Ada sebarang soalan, boleh hubungi pengurusan Kompleks MSN Setiawangsa di:

En. Muhd Nur Ashraf Harun (Penyelia)
Emel: ashraf@nsc.gov.my
No. Tel: 03-4142 0082
No. Faks: 03-4142 0142

Maklumat lengkap Kompleks MSN Setiawangsa

Senarai kompleks sukan dan sewaan

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

74 responses to “Kolam Renang Kompleks MSN Setiawangsa”

  1. SaniYunus Avatar

    Kemudahan terbaik. Memudahkan aktiviti sukan renang. Kalau dapat pengasingan jantina lagi terbaik..

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      SaniYunus,
      Haihhhhh besar rahmat kalau ada pengasingan jantina tapi setakat ni belum jumpa di kolam renang yang disediakan kerajaan ini.

    2. nabilah Avatar
      nabilah

      berapa harga masuk untuk berenang

  2. Amran Avatar

    Memang mencari info ni. Thanks infonya ye kak. Agak2 ada tak coaching berenang kat sini? My Wife nak belajar berenang.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Masa sembang dengan staff disana dia kata akan ada scuba diving course. Swimming course tidak pasti pula.

  3. Jemang Avatar
    Jemang

    Opening hrs : 2.00 – 5.00 pm? Cepat kena sunburnt ni. They should operate around 5.00pm – 7.30 pm, ade peluang untuk yang lepas kerja beriadah di sini.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Agree with you, Jemang. Kena suggest pada management kompleks. Ikut macam swimming pool Selayang.

      1. Jemang Avatar
        Jemang

        Any update on the opening hours? They should just let others run the facility, e.g Kg Pandan Pool, Bukit Jalil all run and manage by DSA…

        1. sherrina Avatar
          sherrina

          Kg Pandan ada pool? kat mana?

          I did shared the photo of the opening hour in this post.

    2. Jamilah Bujang Avatar
      Jamilah Bujang

      was searching for this info, yes agreed unfortunately there are not providing the service after office hour. I was really in to swimming after working.

      1. sherrina Avatar
        sherrina

        Betul. Patut sudah ada sistem untuk handle hal hal after office hour. Dah nak masuk Wawasan 2020 kot

  4. asni Avatar
    asni

    pool ni mmg murah compare K club. even walking distance from my home,i prefer KCLUB. Pool sini sesuai utk lap swim aje but kat k club luas boleh swin ape style and anak kecil ada pool khas.

    pool kompleks tak bole utk anak and even utk adult yg tak pandai swim. tak kan nak rendam kaki je.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Ya, di pool ni yang mahir je sesuai. Yang newbies, elok ke KKlub. Tak dalam sangat.

  5. noorbaayah borhan Avatar
    noorbaayah borhan

    Saya swimming instructor. Mmg ingin mencari part-time mengajar. Dulu saya mengajar kebanyakkan muslimah dan kanak umur 7 tahun ke atas. Jika di sini ingin mencari instructor, saya sudi mengajar.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Tak pasti le ada ke part time job disini. Kena tanya direct dengan pengurusan kompleks.

    2. Fresh Avatar
      Fresh

      saya nak hantar anak saya utk blajar berenang umur dia 7thn jadi saya nak tahu segalanya utk persediaan termasuk bayaran. tk.

    3. jayden Avatar
      jayden

      My friend want to learn swimming, she want to know your contact no, could you please email me your contact no to me? Thanks
      my email jaydencool3@gmail.com

      1. sherrina Avatar
        sherrina

        Hi Jayden. I do not offer any swimming course. You can read the comments. There is someone offering swimming class.

    4. Scha Avatar
      Scha

      Klau nak belajar berenang, macam mana nak contact?

    5. Nurul ain farah Avatar
      Nurul ain farah

      Boleh sya tahu price untuk dewasa?

  6. noorbaayah borhan Avatar
    noorbaayah borhan

    Saya ingin mencari part time job sebagai swimming instructor. Harap kalau ada di tempat ini kerana ia dekat dgn tmpt saya tinggal.

    1. siti salikin Avatar
      siti salikin

      Norbaayah, saya nak belajar berenang. Kalau ada kelas, nak jugak join.

    2. amir Avatar
      amir

      salam noorbaayah

      wife sya tengah hendak belajar berenang..cam mane nk berhubung dengan awk..atau bleh contact email sy emieriz@yahoo.com

      1. sherrina Avatar
        sherrina

        waalaikumussalam,

        Maaf saya tidak mengajar renang. Saya cuma share experience sahaja. Tak sure disana sudah ada kelas renang ke belum. Masa saya pergi tu, belum ada lagi.

        1. nana Avatar
          nana

          assalamualaikum, nk tanya kalau yg girls kena sewa swimming suit sana ke atau boleh pakai seluar aerobik dgn baju jersey ? kalau kena sewa brp ringgit ye ?

          1. sherrina Avatar
            sherrina

            Waalaikumussalam. Kena bawa sendiri pakaian renang mengikut yang dibolehkan di kolam renang.Takde sewa. Saya tak rasa jersey dibenarkan. Seluar tights ok

        2. wardina Avatar
          wardina

          tak boleh pakai jersi ke ?

          1. sherrina Avatar
            sherrina

            Pakai jersi mandi di kolam renang ke? Ishhh tak pernah dibuat dek orang kot 😀

          2. sherrina Avatar
            sherrina

            Pakai jersi berenang dalam kolam?

    3. ju Avatar
      ju

      noorbaayah borhan jika buka kelas kat kompleks setiawangsa ni, maklumkan saya ya. saya nak hantar anak 3 orang. whatsapp 0197716990 utk sebarang info

    4. Ema Avatar
      Ema

      Cik Noorbaayah

      Mcm mana saya nak contact puan…saya tengah cari trainer untuk anak saya berumur 7 tahun…tolong tinggalkan telefon no.

      1. noorbaayah Avatar
        noorbaayah

        Salam Puan Ema

        Saya baru menerima email ini. Jika puan berminat boleh hubungi saya di 017-6689870.

    5. Saerah Bt Che Sobri Avatar
      Saerah Bt Che Sobri

      Salam noorbaayah borhan saya ingin belajar berenang. Tolong tinggalkan email awak supaya senang menghubungi awak

      1. noorbaayah Avatar
        noorbaayah

        Salam Puan Saerah

        email saya, baayah@midfproperty.com.my

  7. norliza Avatar
    norliza

    saya cadangkan pool dibuka hingga 730pm dan kaunter tiket dibuka sehingga pukul 6pm. begitu juga dengan sabtu dan ahad harap dapat buka kaunter tiket.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Norliza, kena cadangkan pada management pusat sukan tu le bila gi sana. Saya tak kerja sana. Saya cuma pengguna aje 😀

  8. Siti Salikin Avatar
    Siti Salikin

    Noorbaayah, kalau ada kelas belajar berenang, nak jugak join.

    1. noorbaayah Avatar
      noorbaayah

      Boleh Cik Siti Salikin. Apa salahnya.

  9. nafsah yassin Avatar
    nafsah yassin

    askum….nak tny tentang peraturan pakaian…camna…ketat tak? boleh pakai tracksuit tak?

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Waalaikumussalam. pakaian renang. muslimah suit pun ok asalkan pakaian renang

  10. sya athirah Avatar
    sya athirah

    sekarang pn masih tk buka kaunter ke untuk sabtu n ahad? mcm mana nk beli waktu bekerja ?kita pn waktu ofis 8-5 .hehe.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Rabu ni saya akan ke sana untuk berenang. Nanti saya check sudah ada perubahan atau masih kekal cara lama

      1. noorbaayah Avatar
        noorbaayah

        As salam,

        Memang dulu saya ada email kan di sini utk mengajar tapi memandangkan di MSN ni terlalu payah utk menggunakan kolam sedangkan kalau kita mahu berenang pada hari sabtu atau ahad, kita dikehendaki membeli tiket pada hari bekerja maka saya batalkan niat utk mengajar di sini. Sekarang saya hanya buat “private coaching” pada mereka yang mempunyai kolam samada di rumah atau apartment/kondominium.

        Terima kasih.

        1. zakiah Avatar

          contact saya puan, sedang mencari guru renang untuk anak2 saya.
          017-2908954

  11. faizal mokhtar Avatar
    faizal mokhtar

    As salam kalau ada sesiapa yg ingin berlajar renang boleh hubunggi sy. Seblm ni sy merupakan trainer drp perangsang templer golf club.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Faizal tinggalkan email dan phone number disini. Mana tahu ada yang berminat, boleh contact.

    2. Aryza Ariffin Avatar
      Aryza Ariffin

      Assalam En Faizal..boleh tau di mana En Faizal buat kelas berenang?berminat untuk masukkan anak saya umur 5 tahun.contact sy di 0126425023. TQ

  12. zakiah Avatar

    En. Faizal , saya sedang mencari guru renang untuk anak saya yang berusia 7 tahun & 4 tahun.. if boleh buat lesson kat sini memang nak sangat, sebab dekat dengan rumah.

  13. noorbaayah Avatar
    noorbaayah

    As salam. Saya mmg mengajar berenang. Memandangkan public pool mempunyai byk syarat2 utk mengajar di sana, maka saya mengambil keputusan untuk mengajar pada mereka yang tinggal di kondo/apartment yang mempunyai kolam. Pada yang berminat boleh menghubungi saya di no. 017-6689870 (whatsapp sahaja).

  14. Izzul Islam Avatar
    Izzul Islam

    salam all,

    sya freelance jurulatih renang. Sekarang saya megajar di MSN setiawangsa.
    Waktu magajar sabtu & ahad. Sesi pagi Pkul 10-12 Petang Pkul 2-4.
    sebarag pertayaan bolh call/whatapp di 0134574984. thanks

    1. ROZY Avatar
      ROZY

      swimming class at MSN Setiawangsa?? Wangsa Maju.? betul kah.? saya berminat nk hanta anak umur 7 tahun tuk belajar swimming,

      1. sherrina Avatar
        sherrina

        Cuba call pejabat MSN Setiawangsa tersebut untuk tanya hal ini. Saya sendiri pun sudah lama tak ke sana.

      2. win Avatar
        win

        ye ada swimming class untuk kids/adult kat sini call/whatsapp yana 014-3330484

  15. Eyra Rahman Avatar
    Eyra Rahman

    Ada swimming class ke di sini ?

  16. Ahmad Lukman Avatar
    Ahmad Lukman

    Assalamualaikum,

    Saya jurulatih dan cikgu renang. Saya mengajar di area Gombak, batu caves, cheras, KL. Saya mengajar pada mereka yang boleh sediakan swimming pool sendiri sama ada di condo/apartment. 🙂

    Terbuka untuk pelajar pada semua peringkat umur.

    kategori :
    – untuk yang ingin dan baru belajar
    – untuk yang takut air
    – untuk yang ingin mengetahui keempat2 stroke. (freestyle, breaststroke, backstroke, butterfly)
    – untuk memantapkan stroke

    Boleh contact saya Lukman (0133789755)

    terima kasih 🙂

  17. esnan Avatar
    esnan

    xfaham… isnin tutup sbb basuh kolam ke ? knp selasa -jumaat dari kol 2 sampai 5 je???????? hanya 1 sesi????? mohon pencerahan sedikit…. masa tu padat sgt..

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      No idea. Kena call dorang dan tanya.

  18. Hashidah bt Abdul Razak Avatar

    Ada un kanak kanak umur 5tahun belajar berenang? Minta bagi info.

  19. Hashidah bt Abdul Razak Avatar

    Kelas renang uk anak anak berumur 5 tahun ada ka? Berapa bayaranya? Waktu kelas renang bila dan pukul berapa?

  20. Hairuzzaman Avatar

    Kompleks Sukan MSN Setiawangsa swimming schedule:

    Tuesday to Friday : Session 1 – 10.15am to 12.15pm
    Session 2 – 3.00pm to 5.00pm
    Session 3 – 5.15pm to 7.15pm
    Rates : Child ( age 5 to 12 yrs ) – RM1
    Adult ( age 13 to 54yrs ) – RM2

    Saturday to Sunday : Session 1 – 8.00am to 10.00am
    Session 2 – 10.15am to 12.15pm
    Session 3 – 3.00pm to 5.00pm
    Session 4 – 5.15pm to 7.15pm
    Rates : Child ( age 5 to 12 yrs ) – RM2
    Adult ( age 13 to 54yrs ) – RM3

    Monday Closed :-

    For those who want to try to Scuba Dive please contact Sun Scuba Dive Club http://www.sunscuba.com.my at 0123425635 for details. Thank you.

  21. Kartik Avatar
    Kartik

    Saya igin tahu Ada kelas renang utk off dewasa sebelah petang pads hari biasa

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Tak pasti pula. Saya tak kerja disana. Cuba hubungi mereka di nombor yang tertera

    2. win Avatar
      win

      ada kelas renang untuk adult juga. call/whatsapp yana 014-3330484.

  22. Kartik Avatar
    Kartik

    Saya igin tahu Ada kelas renang utk dewasa sebelah petang pada hari biasa

  23. Zulfadli Arshad Avatar
    Zulfadli Arshad

    Salam..macamana saya nak freedive kat pool 5m tu ya? Memang tak open untuk public ke?

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Dulu pernah tanya dengan lifeguard. Katanya open untuk kursus diving je. That was many years ago lah

      1. Eza Avatar
        Eza

        Assalam, maaf btnya. Skrg tket still kena beli time office hr ke klu nk dtg weekend? Tq.

        1. sherrina Avatar
          sherrina

          Alamak sorry dah lama tak pergi ke sana. Cuba call no pejabat mereka

        2. win mn Avatar
          win mn

          boleh walk in je, weekend adult rm3 kids rm2. Weekdays adult rm2, kids rm1. wajib pakai swim suit n cap.

    2. win mn Avatar
      win mn

      its strictly not for public. only for swimming and diving class.

  24. NAZHATULSHIHA BINTI HASSAN Avatar
    NAZHATULSHIHA BINTI HASSAN

    Hi saya nak tanya.saya nak bawa anak oku saya belaja swimming kat Sana
    Berapa perlu bayar

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Hi,

      Saya tak kerja disana. Cuba call pejabat MSN di nombor yang tertera.

    2. sherrina Avatar
      sherrina

      Saya rasa bayar macam biasa je. Cuma kalau anak kecil tak sesuai. Pool disini dalam.

  25. Samasilah Tasimam Avatar
    Samasilah Tasimam

    Sangat bagus kalau asingkan hariberenang untuk lelaki dan wanita. Mesti ramai para muslimah yg turun. Almaklumlah, bila pakai baju berenang, …….
    Saranan sahaja. Kalau on saya org yg paling gembira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *