Kolam Renang Kompleks MSN Setiawangsa

Daripada ketika kawasan kompleks sukan ini dibina, Sherrina sering tertanya-tanya. Adakah orang awam dibenarkan masuk atau khas untuk atlit sahaja? Setelah siap pun masih belum ada tanda yang ia dibuka pada orang awam.

Hinggalah semasa cuti raya haji, kawan baik Sabiha memberitahu yang kolam renang itu sudah dibuka kepada awam. Serius??? Oklah kita cuba tengok entah ye ke tak.

Jadi pada hari Selasa yang lalu kami ke sana membawa pakaian renang. Bila ke kaunter, Sherrina baca maklumat yang disediakan. Yuran masuk ialah RM2 untuk dewasa dan dibuka Selasa hingga Ahad. Isnin tutup untuk kerja maintenance.

 

Swimming Pool Majlis Sukan Negara Setiawangsa 14
Kompleks MSN Setiawangsa ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin

    Swimming Pool Majlis Sukan Negara Setiawangsa 3

Gelang yang mesti dipakai untuk masuk menggunakan kolam renang. Diberi setelah buat bayaran.

 

 

Ada rak kasut dan locker berkunci. Sila bawa syiling 50 sen yang lama.
Ada rak kasut dan locker berkunci. Sila bawa syiling 50 sen yang lama.

 

Peraturan menggunakan kolam renang ini
Peraturan menggunakan kolam renang ini
Memang dibuat untuk latihan renang.
Memang dibuat untuk latihan renang.
Masih cantik dan bersih. Baru dibina.
Masih cantik dan bersih. Baru dibina.
Kedalaman semua kawasan sehingga tali hijau ialah 1.5 meter sekata. Takde kawasan yang mula-mula landai kemudian makin dalam.
Kedalaman semua kawasan sehingga tali hijau ialah 1.5 meter sekata. Takde kawasan yang mula-mula landai kemudian makin dalam.

 

Panjang ialah 30 meter.
Panjang ialah 30 meter.

 

Bahagian ini tak boleh masuk. Ia hanya untuk kursus diving yang akan ditawarkan disini.
Bahagian ini tak boleh masuk. Ia hanya untuk kursus diving yang akan ditawarkan disini. Ishhhh geram je tengok rasa nak masuk. Best berenang dalam kawasan dalam seperti ini.
Jaga-jaga. Kedalamannya 5 meter! Bila lihat dari dalam air, cantik sangat.
Jaga-jaga. Kedalamannya 5 meter! Bila lihat dari dalam air, cantik sangat.
Kemudahan bilik mandi yang baru dan bersih. Elok bawa shampoo kerana pekat juga klorin dalam kolam ni. Keras rambut dibuatnya.
Kemudahan bilik mandi yang baru dan bersih. Elok bawa shampoo kerana pekat juga klorin dalam kolam ni. Keras rambut dibuatnya.

 

Locker berkunci juga disediakan didalam bilik persalinan. Tapi Sherrina prefer guna yang di tepi kolam. Sambil berenang boleh perhati.
Locker berkunci juga disediakan didalam bilik persalinan. Tapi Sherrina prefer guna yang di tepi kolam. Sambil berenang boleh perhati.

 

Jadual penggunaan kolam renang serta yuran
Jadual penggunaan kolam renang serta yuran

 

Jika nak mandi di hari Sabtu atau Ahad, kena beli tiket pada hari kerja. YB KJ, letak le staff kerja di hujung minggu.
Jika nak mandi di hari Sabtu atau Ahad, kena beli tiket pada hari kerja. YB KJ, letak le staff kerja di hujung minggu.

 

Secara keseluruhan memang puas hati berenang disini. Jauh lebih bersih berbanding di kolam renang Majlis Perbandaran Selayang dan lebih dalam dan luas dibanding dengan kolam renang di KKlub Taman Melawati. Maklumlah kolam renang latihan atlit kan. Kepada yang tinggal sekitar Wangsa Maju, Ulu Klang dan kawasan sewaktu dengannya kini sudah ada alternatif tambahan untuk latihan renang.

Ramai bertanya sesuai ke untuk kanak-kanak? Jika memang pandai berenang, ya. Jika tidak, pergi KKlub lagi fun kot ada gelongsor lagi disana. Orang dewasa yang kurang mahir berenang pun mungkin sukar lebih-lebih lagi jika ketinggian kurang daripada 1.6m sebab takde tempat yang landai.

Apa pun kepada yang suka berenang, check out Kolam Renang Kompleks MSN Setiawangsa ini yang terletak di Seksyen 6 Wangsa Maju sebelah Rumah Pam Wangsa Maju, di jalan utama menuju ke Pasaraya Hero.

Ada sebarang soalan, boleh hubungi pengurusan Kompleks MSN Setiawangsa di:

En. Muhd Nur Ashraf Harun (Penyelia)
Emel: ashraf@nsc.gov.my
No. Tel: 03-4142 0082
No. Faks: 03-4142 0142

Maklumat lengkap Kompleks MSN Setiawangsa

Senarai kompleks sukan dan sewaan

 

72 thoughts on “Kolam Renang Kompleks MSN Setiawangsa”

    1. SaniYunus,
      Haihhhhh besar rahmat kalau ada pengasingan jantina tapi setakat ni belum jumpa di kolam renang yang disediakan kerajaan ini.

  1. Memang mencari info ni. Thanks infonya ye kak. Agak2 ada tak coaching berenang kat sini? My Wife nak belajar berenang.

    1. Masa sembang dengan staff disana dia kata akan ada scuba diving course. Swimming course tidak pasti pula.

  2. Opening hrs : 2.00 – 5.00 pm? Cepat kena sunburnt ni. They should operate around 5.00pm – 7.30 pm, ade peluang untuk yang lepas kerja beriadah di sini.

    1. Agree with you, Jemang. Kena suggest pada management kompleks. Ikut macam swimming pool Selayang.

      1. Any update on the opening hours? They should just let others run the facility, e.g Kg Pandan Pool, Bukit Jalil all run and manage by DSA…

        1. Kg Pandan ada pool? kat mana?

          I did shared the photo of the opening hour in this post.

    2. was searching for this info, yes agreed unfortunately there are not providing the service after office hour. I was really in to swimming after working.

      1. Betul. Patut sudah ada sistem untuk handle hal hal after office hour. Dah nak masuk Wawasan 2020 kot

  3. pool ni mmg murah compare K club. even walking distance from my home,i prefer KCLUB. Pool sini sesuai utk lap swim aje but kat k club luas boleh swin ape style and anak kecil ada pool khas.

    pool kompleks tak bole utk anak and even utk adult yg tak pandai swim. tak kan nak rendam kaki je.

  4. Saya swimming instructor. Mmg ingin mencari part-time mengajar. Dulu saya mengajar kebanyakkan muslimah dan kanak umur 7 tahun ke atas. Jika di sini ingin mencari instructor, saya sudi mengajar.

    1. Tak pasti le ada ke part time job disini. Kena tanya direct dengan pengurusan kompleks.

    2. saya nak hantar anak saya utk blajar berenang umur dia 7thn jadi saya nak tahu segalanya utk persediaan termasuk bayaran. tk.

      1. Hi Jayden. I do not offer any swimming course. You can read the comments. There is someone offering swimming class.

  5. Saya ingin mencari part time job sebagai swimming instructor. Harap kalau ada di tempat ini kerana ia dekat dgn tmpt saya tinggal.

      1. waalaikumussalam,

        Maaf saya tidak mengajar renang. Saya cuma share experience sahaja. Tak sure disana sudah ada kelas renang ke belum. Masa saya pergi tu, belum ada lagi.

        1. assalamualaikum, nk tanya kalau yg girls kena sewa swimming suit sana ke atau boleh pakai seluar aerobik dgn baju jersey ? kalau kena sewa brp ringgit ye ?

          1. Waalaikumussalam. Kena bawa sendiri pakaian renang mengikut yang dibolehkan di kolam renang.Takde sewa. Saya tak rasa jersey dibenarkan. Seluar tights ok

          1. Pakai jersi mandi di kolam renang ke? Ishhh tak pernah dibuat dek orang kot 😀

    1. noorbaayah borhan jika buka kelas kat kompleks setiawangsa ni, maklumkan saya ya. saya nak hantar anak 3 orang. whatsapp 0197716990 utk sebarang info

    2. Cik Noorbaayah

      Mcm mana saya nak contact puan…saya tengah cari trainer untuk anak saya berumur 7 tahun…tolong tinggalkan telefon no.

      1. Salam Puan Ema

        Saya baru menerima email ini. Jika puan berminat boleh hubungi saya di 017-6689870.

    3. Salam noorbaayah borhan saya ingin belajar berenang. Tolong tinggalkan email awak supaya senang menghubungi awak

  6. saya cadangkan pool dibuka hingga 730pm dan kaunter tiket dibuka sehingga pukul 6pm. begitu juga dengan sabtu dan ahad harap dapat buka kaunter tiket.

    1. Norliza, kena cadangkan pada management pusat sukan tu le bila gi sana. Saya tak kerja sana. Saya cuma pengguna aje 😀

  7. askum….nak tny tentang peraturan pakaian…camna…ketat tak? boleh pakai tracksuit tak?

  8. sekarang pn masih tk buka kaunter ke untuk sabtu n ahad? mcm mana nk beli waktu bekerja ?kita pn waktu ofis 8-5 .hehe.

    1. Rabu ni saya akan ke sana untuk berenang. Nanti saya check sudah ada perubahan atau masih kekal cara lama

      1. As salam,

        Memang dulu saya ada email kan di sini utk mengajar tapi memandangkan di MSN ni terlalu payah utk menggunakan kolam sedangkan kalau kita mahu berenang pada hari sabtu atau ahad, kita dikehendaki membeli tiket pada hari bekerja maka saya batalkan niat utk mengajar di sini. Sekarang saya hanya buat “private coaching” pada mereka yang mempunyai kolam samada di rumah atau apartment/kondominium.

        Terima kasih.

  9. As salam kalau ada sesiapa yg ingin berlajar renang boleh hubunggi sy. Seblm ni sy merupakan trainer drp perangsang templer golf club.

    1. Faizal tinggalkan email dan phone number disini. Mana tahu ada yang berminat, boleh contact.

    2. Assalam En Faizal..boleh tau di mana En Faizal buat kelas berenang?berminat untuk masukkan anak saya umur 5 tahun.contact sy di 0126425023. TQ

  10. En. Faizal , saya sedang mencari guru renang untuk anak saya yang berusia 7 tahun & 4 tahun.. if boleh buat lesson kat sini memang nak sangat, sebab dekat dengan rumah.

  11. As salam. Saya mmg mengajar berenang. Memandangkan public pool mempunyai byk syarat2 utk mengajar di sana, maka saya mengambil keputusan untuk mengajar pada mereka yang tinggal di kondo/apartment yang mempunyai kolam. Pada yang berminat boleh menghubungi saya di no. 017-6689870 (whatsapp sahaja).

  12. salam all,

    sya freelance jurulatih renang. Sekarang saya megajar di MSN setiawangsa.
    Waktu magajar sabtu & ahad. Sesi pagi Pkul 10-12 Petang Pkul 2-4.
    sebarag pertayaan bolh call/whatapp di 0134574984. thanks

    1. swimming class at MSN Setiawangsa?? Wangsa Maju.? betul kah.? saya berminat nk hanta anak umur 7 tahun tuk belajar swimming,

      1. Cuba call pejabat MSN Setiawangsa tersebut untuk tanya hal ini. Saya sendiri pun sudah lama tak ke sana.

  13. Assalamualaikum,

    Saya jurulatih dan cikgu renang. Saya mengajar di area Gombak, batu caves, cheras, KL. Saya mengajar pada mereka yang boleh sediakan swimming pool sendiri sama ada di condo/apartment. 🙂

    Terbuka untuk pelajar pada semua peringkat umur.

    kategori :
    – untuk yang ingin dan baru belajar
    – untuk yang takut air
    – untuk yang ingin mengetahui keempat2 stroke. (freestyle, breaststroke, backstroke, butterfly)
    – untuk memantapkan stroke

    Boleh contact saya Lukman (0133789755)

    terima kasih 🙂

  14. xfaham… isnin tutup sbb basuh kolam ke ? knp selasa -jumaat dari kol 2 sampai 5 je???????? hanya 1 sesi????? mohon pencerahan sedikit…. masa tu padat sgt..

  15. Kompleks Sukan MSN Setiawangsa swimming schedule:

    Tuesday to Friday : Session 1 – 10.15am to 12.15pm
    Session 2 – 3.00pm to 5.00pm
    Session 3 – 5.15pm to 7.15pm
    Rates : Child ( age 5 to 12 yrs ) – RM1
    Adult ( age 13 to 54yrs ) – RM2

    Saturday to Sunday : Session 1 – 8.00am to 10.00am
    Session 2 – 10.15am to 12.15pm
    Session 3 – 3.00pm to 5.00pm
    Session 4 – 5.15pm to 7.15pm
    Rates : Child ( age 5 to 12 yrs ) – RM2
    Adult ( age 13 to 54yrs ) – RM3

    Monday Closed :-

    For those who want to try to Scuba Dive please contact Sun Scuba Dive Club http://www.sunscuba.com.my at 0123425635 for details. Thank you.

  16. Salam..macamana saya nak freedive kat pool 5m tu ya? Memang tak open untuk public ke?

    1. Dulu pernah tanya dengan lifeguard. Katanya open untuk kursus diving je. That was many years ago lah

        1. boleh walk in je, weekend adult rm3 kids rm2. Weekdays adult rm2, kids rm1. wajib pakai swim suit n cap.

  17. Hi saya nak tanya.saya nak bawa anak oku saya belaja swimming kat Sana
    Berapa perlu bayar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.