Ini kali ketiga Sherrina ke Bukit Merah Laketown Resort dalam tempoh 2 tahun. Oleh itu, kali ini kami sekeluarga kesini menetap di bahagian hotel yang mana kami tidak inap sebelum ini. Sebelum ini menginap di Kampung Air. Beruntung kali ini selain ia bukan musim cuti sekolah, kami antara pelanggan terakhir sebelum bahagian hotel ini ditutup untuk ubahsuai.
Selain baju, buku juga penting. Waktu sesuai sangat untuk mula membaca dua buku baru ini.Di salah satu R&R di Lebuhraya Utara-Selatan di Perak kalau tak silap. Kecil je R&R ini tapi ada Baskin Robbin!Kita layan dessert tempatan aje. Cendol ni sedap! Jika singgah R&R ini, mesti cuba.Cuaca bagus, jalanraya pun tak banyak kenderaan. Kami bertolak dari KL pada hari Jumaat jam 10 pagi.Jangan terkejut lihat bukit bukau di tepi highway ditarah begini rupa.Hanya setelah kali ketiga datang ke Bukit Merah Laketown Resort, baru tau ada swimming pool percuma. Bukan water themepark yang perlu dibayar tu. Ini percuma untuk yang menginap disini.Saiznya oklah tapi kedalamannya sesuai sangat. 1.23 meter kedalamannya. Ngam-ngam paras bahuAda macam-macam aktiviti boleh dilakukan disini tapi kami tak buat sebab sudah semuanya dicuba dalam 2 percutian yang laluKafe disini harga makanannya berpatutanCuti 4 hari disini dihabiskan dengan membaca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dari mula hingga habis!Sempat luang masa menyiapkan sedikit kerja pejabat kerana buat kerja di sini tanpa gangguan, idea mencurah berderu-deru hingga habis kerja itu.Tak perlu memandu jauh ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang kerana di gerai-gerai sebelum masuk ke Bukit Merah ada sajian ini. Harganya RM10 sepinggan untuk udang 5 ekor.Jika bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, cuba lakukan semua aktiviti yang disediakan disiniSarapan pagi disini sedap juga. Sarapan di Lelac Cafe. Makanan pertama dicari ialah bijirin.Kucing comel di salah satu gerai di tepi jalan sebaik lepas tol Bukit MerahSebaik sampai di KL pada jam 3pm hari Isnin, kelihatan deretan bangunan mencakar langit menyambut kepulangan kami
Percutian kali ini benar-benar percutian rehat. Makan, tidur, tonton tv, baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, berenang di kolam renang, makan, tidur, tonton tv, baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dan berenang di kolam renang. Begitulah selama 4 hari. Maka dapatlah membaca dengan lebih fokus dan habis dalam masa 4 hari.