Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 Ingatkan dah publish cerita ni. Rupanya tersekat dalam draft. Hahahaha, demam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 pun sudah kebah. Tapi kongsi jugalah pengalaman Sherrina di acara ini yang kononnya tak mahu pergi sebab merbahaya untuk poket-poket kecil. Tapi terjebak juga akhirnya.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-1 Sherrina ke sana pada 1 Mei 2014. Yup, cuti Hari Pekerja. Sengaja pergi tengahari sebab boleh agak orang berpusu awal pagi. Memang nasib baik, ketika memandu berhampiran PWTC, polis baru sahaja membuka jalan yang ditutup. Roadblock sebab PBAKL atau sebab perhimpunan menentang GST, tidak pula pasti. Alhamdulillah, jek petugas parking yang mulanya menutup ruang masuk parking ke bawah tanah PWTC, Sherrina dibenarkan masuk dan dapat parking dengan sungguh mudah. Alhamdulillah.Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-2 Tujuan utama Sherrina ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni ialah untuk menyampaikan cenderahati kepada bos Galeri Ilmu Sdn Bhd yang telah menyumbangkan sekotak buku untuk projek Perpustakaan Mini 1.0. Sebaik sampai, Sherrina terus ke kaunter untuk beli buku direktori syarikat yang buka booth (penting untuk database) dan terus mencari booth Galeri Ilmu Sdn Bhd. Whooaaa besar booth mereka. Penuh dengan pelbagai tajuk buku. Siap ada kaunter khas untuk pembayaran. Sangat efisyen! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-3Seterusnya Sherrina menjenguk booth buku-buku Indie. Sudah lama Sherrina memerhatikan dari jauh buku-buku genre ini tetapi tak pernah beli.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-4Macam best je tajuk-tajuknya tapi nantilah dulu.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-5 Ada syarikat yang menerbitkan buku-buku daripada filem atau filem yang diterbitkan daripada buku. Siap ada ruang menonton lagi. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-6  Macam-macam aktiviti di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-7

 

Singgah di booth Karangkraf. Bukan booth, satu dewan kot Karangkraf sewa. Terjumpa buku-buku karya Ramlee Awang Murshid. Rindunya zaman banyak masa membaca novel begini. Pernah satu waktu ketagihan karya beliau, satu per satu bukunya dibeli. Zaman itu sudah berlalu. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-8  Ini dia direktori yang dibeli dengan harga RM10 mengandungi senarai maklumat syarikat-syarikat yang membuka booth di acara ini. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-11  Booth paling menarik! Saudagar buku dari Timur Tengah pastinya. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-15  Naik ke Dewan Merdeka mencari booth PTS ternampak macam ada acara seronok je di ruang legar. Rupanya Dr Bubble sedang mengajar penonton permainan yang seronok! Join sekejap untuk beri sokongan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-9

Antara bahan bacaan yang sempat Sherrina kaut di PBAKL 2014 kali iniPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-10  Buku Dr Bubble! Kami beli tanda menyokong usaha beliau membawa kegembiraan ke hospital kanak-kanak.Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-12  Inilah dia buku DIAgnosis yang dikirimkan. Oh, tulisan para doktor. Patutlah dikirim buku ini. Sukarelawan itu pun seorang pelajar medik 🙂Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-13  Ternampak buku ini. Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang. Karya bos besar Teach For The Needs. Pernah tonton wacana tajuk ini. Belek-belek sekejap, terus beli.  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-14  Salah sebuah buku yang Sherrina beli rupanya ditulis oleh anak muda ini yang sibuk menjaga kaunter bayaran. Namanya Petak Daud. Bukunya pun Sherrina beli bertajuk Menuju Nafas Terakhir. Memang menarik! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-16  Beli buku ini di booth PTS sebab sudah cuba baca versi asal buku ini semenjak zaman universiti kot tapi tak pernah khatam dan mampu faham. PTS ini terkenal dengan kemahiran menterjemah buku dengan kualiti bahasa yang bagus. Harapnya  membantu.   Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014-17
Ini pula komik The Muslim Shows yang telah dicetak dan diterjemah oleh PTS ditambah dengan kartun yang tidak pernah dipaparkan.

Kesimpulannya, memang bahaya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 ni kepada para pencinta buku macam Sherrina. Tutup mata dan pilih memilih takut pokai jadinya. Sherrina mencari juga jika ada penerbit yang mula fokus kepada ebook, tidak nampak pula. Bilalah ebook tempatan akan mula berkembang?


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014”

  1. sue izza Avatar

    tak sempat tahun ni nak ke pesta buku huuhuu..bestnyaaaa….nak cari la buku faisal tehrani tu…

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Cari. Mesti baca. Juga buku wajib baca ialah Cerita Cinta Ahmad Ammar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *