REVIEW FILEM: THE JOURNEY – MADE IN MALAYSIA

Susah juga mencari maklumat filem The Journey yang tepat kerana bila Google, banyak filem bertajuk The Journey ada di Hollywood dll.

Tiket The Journey 2014 Malaysia

 

Filem The Journey yang Sherrina nak review ni buatan Malaysia. Berikut sedikit informasi filem yang Sherrina petik daripada laman web cinema.com.my:

Classification: U
Genre: Drama
General Release Date: 30 Jan 2014
Running Time: 1 Hour 42 Minutes
Distributor: Mm2 Entertainment Sdn Bhd
Cast: Lee Sai PengBen Andrew Pfeiffer
Director: Chiu Keng Guan
Format: 2D

 

Sherrina susah nak menonton filem tempatan di pawagam. Tidak banyak filem yang berbaloi untuk ditonton di pawagam. Namun, filem The Journey ini adalah salah satu yang bukan sahaja berbaloi untuk ditonton satu kali tetapi kali kedua dan ketiga juga. Mungkin lebih. Harap ada DVD nanti 😀

Sherrina mengetahui mengenai filem ini daripada saudara Rfan Putra yang berkongsi foto tiket wayang filem ini di Facebook beliau. Beliau memberi satu komen yang menarik mengenai filem ini. Soalan pertama yang Sherrina tanya padanya ialah samada filem ini ada sarikata atau tidak. Ada.

Sherrina pun terus Google untuk membaca review filem ini tetapi sukar mencari yang tepat kerana hasil carian banyak mengeluarkan filem lain yang mempunyai tajuk yang sama. Akhirnya, melalui cinema.com.my, Sherrina menemui yang dicari. Rata-rata penonton berbangsa cina memberi respon positif. Sherrina makin curious dan mula mencari trailer di YouTube. Pun susah nak jumpa kerana tajuknya ditulis dalam tulisan cina. Sherrina rujuk semula ke cinema.com.my dan menemui trailer ini:

 Lepas sahaja menonton trailer ini, Sherrina yakin ini sebuah filem yang mesti ditonton di pawagam. Belek jadual tayangan filem ini di cinema.com.my, Sherrina pilih tayangan hari kerja kerana dah baca hujung minggu dan waktu malam pawagam full house.

Tiket The Journey 2014 Malaysia Sherrina rasa separuh pawagam penuh pada ketika itu, mungkin Sherrina seorang sahaja melayu kot. Nasib baik filem ini ada sarikata dalam Bahasa Malaysia, mudahlah nak enjoy.

Selama satu jam empat puluh lima minit itu tidak dapatlah sekalipun Sherrina menguap atau menutup mata lama kerana ada sahaja babak yang ketawa, menangis, terharu, sedih, riang dan bercampur baur perasaan.

Sherrina tak mahu tulis sinopsis filem ini kerana anda sendiri mesti pergi menontonnya sementara ia masih ada di pawagam. Tetapi Sherrina akan kongsikan 6 perkara menarik mengenai filem The Journey ini:

  1. Cinematography yang sangat mengasyikkan. Sherrina tak tahu pula Cameron Highland boleh jadi sebegitu cantik. Nampaknya ada alasan mahu ke Cameron Highland untuk benar-benar menghayati keindahannya. Kalaulah ada motor kan best, boleh menyusup ke lereng-lereng di kampung disitu
  2. Lokasi penggambaran yang cantik. Scene pantai di Sabah tu dimana ya? Scene semasa sambutan Tahun Baru Cina dimana Benji membantu mengusung babi panggang tu di Pulau Pangkor ke? Sekolah lama tu pun sungguh antik.
  3. Budaya masyarakat cina yang ditonjolkan didalam filem ini banyak antaranya yang Sherrina pun tak tahu seperti bapa pengantin perempuan dan bakal menantu mesti hantar jemputan perkahwinan bersama-sama kepada rakan-rakan sekolah bapa pengantin perempuan.
  4. Memberi kepala ayam kepada bakal bapa mertua semasa makan malam Tahun Baru Cina adalah tanda tidak baik
  5. Lagu The Better Half didalam filem ini dinyanyikan sendiri oleh hero filem ini, Ben Andrew Pfeifer yang berasal dari Australia
  6. Kebanyakkan pelakon didalam filem ini bukan pelakon profesional. Mereka adalah orang biasa yang ditemui, di audition dan diambil berlakon. Misalnya, watak bapa Ah Bee yang sangat bengkeng itu, ini kali pertama beliau berlakon.

Sherrina berikan 5 bintang untuk filem ini. Sherrina akan beli DVD filem ini untuk dibuat koleksi.

Jika anda belum menonton, segera menontonnya. Bawa tisu ya, banyak isu menyentuh hati dalam filem ini. Oh ya, filem ini sangat sesuai ditonton bersama keluarga. Bawa mak dan ayah sekali.

 

Ini pula berita di Astro Awani:

Ini pula video clip lagu The Better Half:

Sebahagian gambar daripada filem tersebut yang diambil daripada Facebook Rasmi The Journey:

1529855_593632087382371_1477213204_o 1523863_579575535454693_903255664_o 1498141_593630070715906_566592681_o 1398415_570074933071420_1147963550_o Selamat menonton 🙂

p/s: Heroin filem ini sangat cantik. Namanya Joanne Yew Hong Im. Pemenang pertandingan ratu cantik Miss Astro Chinese International.


Posted

in

by

Tags:

Comments

6 responses to “REVIEW FILEM: THE JOURNEY – MADE IN MALAYSIA”

  1. YS Tho Avatar
    YS Tho

    Movie yang BEST sekali. Mesti Tengok.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Setuju!

  2. Johan Avatar

    macam menarik filem ni. kutipan pun dah berjuta-juta. terbaik.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Memang best!

  3. john doe Avatar
    john doe

    saya tengok filem ni 3 kali, saya org melayu lelaki bukan sotong. saya menangis terpekik terlolong sebab kesedihan melihat cerita ini. sedap menjilat jari. di syorkn buat lg filem ini lg.

    saya keluar panggung, badan tough tapi mata merah mengalir sampai mengilai ngilai menangis.

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Aiseh, anda lebih menghayatinya berbanding saya 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *