Muka Encem + Baik Hati = Kacak Luar Kacak Dalam

Kisah ini benar berlaku jam 7.30pm tadi ketika Sherrina sedang menunggu kawan mengeluarkan wang dan membeli barang di 7-Eleven AU1 Keramat yang terletak dibelakang kawasan LRT Setiawangsa.

Sementara menunggu didalam kereta yang Sherrina park sebentar didepan 7-Eleven, kelihatan seorang pakcik dalam lingkungan umur 50an mengacu-acu tongkatnya ke arah kereta yang melintasi kawasan itu. Seorang lelaki celik sedang berdiri disampingnya kelihatan bercakap-cakap. Pada hemat Sherrina, mungkin lelaki celik itu sedang cuba dapatkan teksi untuk pakcik buta itu tapi jarang sekali orang menunggu teksi disini. Patutnya tunggu teksi di tepi jalan besar Setiawangsa yang cuma 30 langkah daripada tempat dia berdiri.

Lelaki celik itu beredar. Dua orang anak muda dalam lingkungan usia 15 tahun dan 20 tahun pula menghampiri pakcik itu. Kelihatan mereka bercakap-cakap. Pakcik buta masih mengawang-gawang tongkatnya kearah kereta yang lalu disitu. Keadaan makin menarik. Riak wajah dua anak muda itu macam berfikir-fikir dan sesekali menoleh pada Sherrina yang masih menunggu didalam kereta.

Tak lama kemudian, dua anak muda berwajah tampan itu menghampiri kereta Sherrina dan salah seorang daripadanya mengetuk cermin kereta. Sherrina buka pintu kereta maklumkah kereta Proton power window lumrah alam rosak kan.

“Kenapa pakcik tu?”, Sherrina tanyakan pada anak muda paling tua.

“Kak, pakcik tu nak ke masjid tapi kaki dia tak larat nak jalan. Boleh tak akak tumpangkan dia?”, kata anak muda berkulit cerah itu lagi. Flawless kulit ko, dik. Jeles ahkak.

“Boleh boleh….suruh pakcik tu duduk belakang”, aku menyahut. Walaupun masjid tu memang dekat benar bagi yang sihat berjalan namun bagi pakcik tu, nak berjalan memang susah. Kakinya sakit macam mak aku agaknya.

Anak muda dua orang itu membantu pakcik tu masuk ke kereta Sherrina. Kawan Sherrina yang baru keluar dari 7-Eleven masuk kereta dengan muka terkejut. Sherrina bagitau dia nak tumpangkan pakcik ke masjid Muaz Bin Jabal depan tu aje.

Dalam perjalanan yang sangat dekat tapi ambil masa 15 minit juga kerana menunggu traffic light untuk hijau, pakcik tu mengomel mengenai kereta-kereta yang enggan berhenti membantunya. “Kereta-kereta disini kaya belaka tapi takde satu pun mahu berhenti.

Sherrina dengar sahaja dan berkata perlahan, “mungkin mereka tak faham agaknya kenapa pakcik goyang-goyangkan tongkat tadi”

“Pakcik nak pergi dengan ceramah Habib Ali ni. Kalau dia bagi ceramah, pakcik mesti pergi dengar. Anak muda sekarang tak ramai dengar ceramah di masjid. Orang luar ramai di masjid ni, orang kawasan Setiawangsa ni tatau pegi mana”, omel pakcik itu. Sherrina iya iyakan saja.

“Turunkan pakcik di tangga depan ya”

Sherrina yang tak pernah kot masuk ke masjid ini termanggu juga mencari pintu mana kerana masjid ni ada banyak pintu masuk. Pintu pertama Sherrina berhenti, depannya banyak gerai jualan. Lihat tangganya curam.

“Pintu ni ke, pakcik? Tinggi tangganya”, terpinga-pinga dibuatnya. Malu pun ada. Nampak sangat tak penah gi masjid ni.

“Bukan…pintu depan”. Sherrina pandu lagi, jumpa pintu gerbang. Masuk ke dalam, ada ruang menurunkan penumpang. Tangganya rendah. Pastilah ini tempatnya.

“Dah sampai, pakcik. Tentu ini tempatnya sebab rendah aje”, kata Sherrina sambil membuka pintunya.

“Terima kasih ya”

Anda yang memandu di AU1 sekitar jam 7pm depan 7-Eleven tu jika nampak pakcik buta mengibas-ngibaskan tongkatnya, berhentilah bantu beliau ke masjid depan tu aje ya 🙂

blind-symbol

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.