#shoppingraya2013 Projek Shopping Raya Bersama Projek Iqra’

Shopping Raya

shopping raya Insya’ Allah jika tiada aral, tahun ini Shopping Raya anjuran Projek Iqra’ akan membawa 266 anak yatim, fakir miskin, OKU dan ibu tunggal dalam menyediakan persiapan Aidilfitri.

Tahun lalu, hanya sebuah rumah sahaja dibawa menyertai program ini dan selepas itu, dengan lebihan sumbangan, projek ad-hoc dibuka di Rumah Anak Yatim At–Taqwa Putra Perdana. Tahun ini digandakan menjadi 4 buah rumah. Termasuk Rumah Gemilang di Sik, Kedah dan Rumah Anak Yatim Semarak di Nilai, Negeri Sembilan.

Jumlah tajaan seorang anak juga dinaikkan ke RM188 seorang tahun ini kerana tahun lepas RM100 seorang tidak mencukupi. Dengan RM188 ini juga yang dikumpulkan membolehkan 25 orang ibu tunggal menerima bantuan bekalan makanan Aidilfitri.

Berminat untuk join? Terus luncur ke www.projekiqra.com kerana disana sudah dilengkapkan dengan pelbagai informasi. Doakan program yang kini memasuki tahun ke-4 ini berjalan dengan jayanya.

 

Shopping Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.