KL112 – Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka

Himpunan Kebangkitan Rakyat

Untuk pertama kalinya Sherrina menghadiri perhimpunan sebegini setelah sekian lama meninggalkan alam berhimpun (perhimpunan sekolah, perhimpunan universiti dll). Walaupun ramai kawan-kawan lain pernah menghadiri pelbagai jenis perhimpunan seperti Perhimpunan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, ini adalah kali pertama Sherrina meluangkan masa menghadiri perhimpunan sebegini.

Ketika mula-mula ia sibuk diperkatakan di Facebook, Sherrina sendiri tak ambil tahu sangat sebab yang paling ditunggu-tunggu sekarang ini ialah PRU 13. Hari Sabtu sebetulnya hari yang sibuk buat Sherrina. Sepatutnya Sherrina sudah mula mengajar tuisyen di rumah pelajar seperti lazimnya Sabtu-Sabtu yang lalu tetapi ibu pelajar menghubungi minta kelas ditunda kerana ada kenduri. Kemudian, Sherrina atur semula jadual untuk hadiri sebuah seminar di UTMKL memandangkan kelas tuisyen tiada tapi entah mengapa lupa untuk daftar awal dan telefon urusetia pada hari Jumaat, seminar telah penuh.

Macam nak suruh juga ke perhimpunan KL112 HKR nampaknya. Maka sehari sebelum perhimpunan Sherrina pun buat keputusan nak pergi. Tapi, nak pergi dengan siapa? Geng terdekat takde yang nak pegi. Geng isteri orang memang takleh pergi. Last-last decide pergi ajelah walaupun sorang sebab baca susunatur program oleh urusetia KL112, nampak selamat. Tapi kawan-kawan yang pernah pergi beri ingatan supaya buat persediaan seperti bawa garam, air, tuala dll.

Sebetulnya, Sherrina tak bawa pun semua itu kecuali sebotol air mineral untuk diminum dan goggle in case ada FRU tembak air pedih mata. Tapi Sherrina memang sangat tenang dan confident perhimpunan kali ini akan berjalan dengan tenang setelah meneliti perkembangan persiapan program ini melalui Facebook.

Pagi Sabtu jam 9.30 pagi baru Sherrina mula bersiap sebab takde plan pun nak join mana-mana group yang berarak dari 8 checkpoint yang ditetapkan. Sherrina plan nak terus ke Stadium Merdeka. Acara bermula jam 2 petang, jadi Sherrina keluar dari rumah jam 11 pagi memandu ke Stesen LRT Jelatek. Sebelum tu, singgah Petronas dulu untuk tambah nilai kad Touch N Go yang tak pernah dipakai. Sebab fikirkan ramai akan naik pengangkutan awam, nak beratur beli tiket tentu sangat lama.

So sepanjang memandu melalui jalan Keramat ke Jelatek, rasa pelik pula. Sebab tenang aje, takde jem macam selalu. Ingatkan jalan akan sesak ke apa, takde pun. So parking di LRT Jelatek pun sangat mudah. Hmmm..takpelah. Naik LRT, errr…first time calit kad Touch N Go kat LRT sebab selama ni asyik beli token aje kan. Hahahaha….sepanjang perjalanan tu ada lah nampak beberapa orang berpakaian t-shirt kaler kuning, kaler hijau dengan mafla PAS dalam LRT tu. Tapi dok khusyuk dok dalam LRT baca Twitter, terbabas ke stesen Masjid Jamek. Turun balik, patah balik ke stesen Dang Wangi. Itulah first time turun di Dang Wangi jalan kaki ke monorel Bukit Nanas. Perghhh boleh tahan jauh. Tapi masa naik jejambat tu perasan lah Jalan Ampang tu lengang. Sapa nak shopping, takde hal lah nak keluar sebab jalan tak jem macam selalu.

Sampai di Monorel, calit kad dan tunggu monorel ke Stesen Imbi. Oleh sebab awal lagi, ingat nak pi makan dulu lah di Berjaya Times Square. Monorel penuh dengan orang ramai nak ke Stadium Merdeka. Turun di Imbi, masuk ke BTS terus menuju ke restoran kegemaran setiap kali datang sini iaitu Marrybrown. Sambil makan sambil layan Twitter, siap makan member SMS cakap nak join.

Oklah tu ada geng. Sementara tunggu dia datang dari Ampang, nampak ada kiosk minuman baru. Macam menarik. Try lah. Boost Juice Bar. Pilih punya pilih, try satu jenis. Alamak sedapnya! Memang beri tenaga, memang sedap. Ni yang rasa lepas ni nak minum jus buah aje ni.

Member sampai dalam jam 12.30pm, kami berjalan ke Monorel. Humang aihhh…ramainya orang naik monorel. Untung bisnes monorel hari tu sebab ramai yang naik. Sherrina pun kalau tak kerana depa kempen suruh naik pengangkutan awam, setiap kali datang Berjaya Times Square memang naik kereta aje sebab parking mudah disini. So baguslah kempen disuruh menaiki pengangkutan awam. Kasi bisnes pada syarikat monorel.

Stadium Merdeka ini PNB yang punya daaa.

Itulah pertama kali pun naik monorel ke Stesen Maharajalela. Melalui tepi sekolah VI. Pun pertama kali melihat sekolah Victoria Institution. Oh rupa sekolahnya macam struktur Kolej Sultan Abdul Hamid. Sampai di stesen Maharajalela, dah nampak punya ramai umat di tepi stesen. Laaa stesen ni berhenti sebelah stadium aje rupanya! Senangnya lah nak datang. Kami pun berjalan ke stadium. Pertama kali kot menjejak kaki di Stadium Merdeka.

Seronok le tengok ramai orang bawa macam-macam bendera, pakai macam-macam jenis tshirt. Ada kuning, hijau, ungu, merah dll. Ramai je yang tak pakai ikut tema. Ingat nak masuk stadium tapi awal lagi, jalan-jalan dululah. Wah rupanya ada gerai jualan. Ada gerai makanan, ada gerai jual pakaian, banyak sungguh lah macam pasar malam pulak. Kebetulan member belum lunch, ada gerai char kuey tiow disitu. Gi tanya, kata penjual sudah habis. Aittt belum pukul 2, program belum mula, char kuey tiow sudah habis! Tanya gerai sebelah pun sama. Cehhhh betullah kata media, perhimpunan sebegini buat peniaga rugi besar. Rugi sebab tak bawak bahan jualan banyak-banyak!

Last-last beli kebab dan makan di tepi stadium tu sambil tengok orang lalu lalang. Sempat le beli dua helai kain kaler kuning untuk dipakai pada kepala. Baru feel. hahaha….bagusnya beli kain tu sebab bila panas, boleh ikat kat atas muka kasi redup. Alah lupa bawak payung. Dok ingat payung untuk hujan, lupa payung untuk panas. Fuh boleh tahan panas tapi masing-masing pun tak berganjak.

Seorang demi seorang wakil pemimpin naik pentas berucap. Kebanyakkan ucapan mereka Sherrina dah tahu isinya. Tapi yang paling terkejut ialah sewa stadium tu RM100,000! Apa mahal sangat, bukan ada bumbung pun. Tong sampah pun tadak. Mujur ada buat kutipan derma di stadium tu, boleh buat bayar stadium.

So sepanjang perhimpunan tu Sherrina takde nampak pun sebarang acara yang mendatangkan bahaya seperti yang digembur-gemburkan di media. Belakang Sherrina pakcik 2 orang berbangsa Cina, depan pula 2 orang pakcik berbangsa India. Kiri kanan ada anak muda Melayu, Cina dan India. Curi-curi dengar perbualan mereka, semuanya misi yang sama iaitu mahukan perubahan.

Ketika Anwar Ibrahim berucap, jam sudah 4 petang. Sherrina dan member bergerak keluar dari stadium jam 4.30 petang untuk elak terperangkap dengan ribuan orang yang akan keluar ketika jam 5 petang kelak. Sambil berjalan diluar tu masih dapat dengar ucapan dari dalam stadium. Bagus juga ramai yang mengambil jalan untuk keluar awal. Bukan kerana meluat dengan ucapan seperti yang digemburkan oleh media massa tetapi untuk mengurangkan kesesakan semasa program tamat jam 5pm.

Sherrina sangat terkejut bila keluar dari stadium. Di luar stadium ramai giler yang berhimpun. Ingatkan semua dah masuk dalam stadium, rupanya ramai diluar. Ketika berjalan ke monorel, stesen ditutup kerana ramai sangat orang dalam tu. Tengok, belum pun 4.30pm dah penuh. Maka baguslah mereka-mereka yang slow slow keluar supaya tak jadi kesesakan pula jika keluar sekaligus.

Kami menyertai puluhan orang lain berjalan ke stesen berikutnya iaitu stesen Hang Tuah. Disepanjang perjalanan kelihatan anggota polis tenang aje berdiri di tepi jalan. Takde provokasi pun kedengaran atau kelihatan sepanjang program ni seperti yang diceritakan. Dari mula tenang, sampai habis tenang. Lagi tenang daripada berhimpun menonton perlawanan bolasepak atau konsert nyanyian kot sebab takde yang menolak-nolak dan berhimpit-himpit pun. Semua kelihatan relaks aje macam nak gi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Sampai di stesen Hang Tuah, kami bersurai. Member naik LRT ke Ampang, Sherrina ingat nak naik monorel tapi menjangkakan monorel penuh, Sherrina jalan kaki ke Berjaya Times Square semula untuk makan malam dan rehat-rehat sementara menunggu monorel dan LRT kurang sesak. Jam 8pm baru Sherrina bergerak pulang. Ketika menaiki monorel ke KL Sentral, kelihatan stadium sunyi sepi takde orang langsung seolah-olah takde apa pun berlaku.

Kesimpulan daripada pemerhatian Sherrina sepanjang Himpunan Kebangkitan Rakyat ini ialah:

  • Memang sangat bijak pihak penganjur membuat 8 checkpoint itu kerana memberi peluang kepada hadirin macam Sherrina untuk menaiki kenderaan awam dengan mudah. Bayangkan kalau kesemuanya serbu naik LRT, monorel, bas ke sana. Pukul berapa nak sampai?
  • Peniaga disini jelas kerugian besar akibat perhimpunan ini iaitu kerugian tak bawa lebih banyak bahan jualan kerana jumlah gerai khususnya makanan taklah banyak sangat berbanding bilangan pengunjung yang sangat ramai
  • Hadirin mematuhi peraturan di stadium, tidak membuat provokasi dan tak nampak pun sebarang acara yang melampaui batas melainkan kumpulan-kumpulan manusia yang menyuarakan isi hati mereka.
  • Seperti diduga ibu bapa yang membawa anak akan menjadi isu yang dibangkitkan. Sherrina tak nampak sebarang keadaan yang boleh membahayakan kanak-kanak pun disitu sepertimana bahayanya membawa kanak-kanak ke stadium menonton bolasepak dan menonton konsert (penyokong bola fanatik baling botol, peminat melompat-lompat menyanyi bersama lagi bahaya daripada himpunan ini)
  • Kelihatan kumpulan-kumpulan bersolat di atas padang semasa masuk waktu Zuhur dengan pelbagai arah kiblat. Pun dijadikan isu. Nah tengok disini http://www.youtube.com/watch?v=jjZ0t6PDuic
  • Helikopter dok lah terbang tak henti-henti. Ingat kut nak tabur duit ka. Tadak pun. Perhimpunan ni jangan harap lah nak dapat duit ka, nasi bungkus ka, kain batik selai ka. Tadak. Tak dapat habuan tapi ramai yang datang. Malah kena bagi duit pula tu semasa kutipan derma dijalankan.
  • Ada isu-isu yang dibangkitkan yang Sherrina tak tahu seperti isu Orang Asal/ Orang Asli
  • Hadirin sangat sporting siap buat Mexican Wave 4-5 kali.
  • Ada penjual masuk dalam stadium jual air tin sejuk, sekejap aje habis. Rezeki dia lah.

 

Tak tahulah apa yang depa hebohkan sangat pasal perhimpunan ini. Nak sekat jalan lah, taknak kasi permit lah. Jalan jem akibat final AF atau final bolasepak lagi teruk kot dari ni. Puas gak pusing cari kot ada ke yang bergaduh bertumbuk ke. Tadak pun. Polis pun relaks aje, orang ramai dok salam-salam dengan polis. Siap ada hadirin yang sukarela mengutip sampah sarap. Perarakan Hari Kemerdekaan ke Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka lagi banyak hasilkan sampah kot berbanding ini.

Kesimpulannya, KL112 Himpunan Kebangkitan Rakyat ini tidaklah bahaya macam digempar gempurkan dan takde apa yang nak didengkikan seperti yang disebarkan oleh para cybertroopers. Takde apa yang patut mereka takutkan melainkan masa PRU13 nanti. Sekadar sebuah himpunan terakhir sebelum PRU13. Takut juga mereka rupanya dengan kekuatan rakyat ya!

Apa pun PRU 13 ni kita turun jalankan kewajipan.

Rakaman video semasa program. Takde edit, takde potong. Tengoklah sendiri. Relaks aje pun.

Himpunan Kebangkitan Rakyat

2 thoughts on “KL112 – Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka”

  1. Hari ni kat fb kecoh kata yang datang berhimpun dapat 700. Ko dah g kutip duit 700 tu.. Ahakss.. Nampak no x de modal….

Leave a Reply to mama zura Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.