Burger Bakar
Semalam Sherrina berkesempatan mencuba burger bakar yang bertempat di Cafe 22 di Danau Kota di kawasan Platinum Walk. Sebaik sahaja Sherrina melangkah masuk ke kedai Cafe 22, Sherrina kagum kerana kedai ini kelihatan seperti sebuah restoran makanan segera berjenama. Siap dengan kaunter order, susunan meja yang kemas, paparan menu yang menarik dll.
Setelah membelek menu, Sherrina memilih burger bakar value meal manakala rakan Sherrina memilih black pepper ala carte. Value meal selain burger bakar termasuklah french fries dan minuman karbonat.
Suasana didalam Burger Bakar Cafe 22





Dari segi harga, harga burger bakar disini hampir menyamai harga di gerai burger bakar lain tetapi anda dapat lebih value disini. Suasana nyaman, selesa, berhawa dingin, ada tv, ada wifi, tandas bersih dan fries yang sedap. Kebanyakkan burger bakar adalah gerai. Disini memang value for money. Dari segi kualiti burger, boleh diperbaiki lagi. Tapi fries disini memang superb!
Wifi ada. Tandas bersih. Suasana nyaman. Parking banyak (parking basement). Pendek kata, lepas ni memang makan burger bakar disini ajelah. Lupa nak tambah cheese dalam burger aritu. Nak tengok sebagus mana burger mereka boleh mencairkan cheese.
Kalau nak cuba, gi lah Burger Bakar Cafe 22 di Platinum Walk, Danau Kota. Sederet Flamming Steamboat.
Kedai nihh … One of IT Head Maybank yg punya …
fuyoo…ye ke? bagus bagus