Movie Review: 29 Februari

29 Februari

Ya..Ya….ramai yang kata Sherrina menonton filem ini kerana filem ini dibuat oleh KRU. Ya, sebagai penyokong tegar KRU sejak tahun 1992, apa sahaja produk KRU akan disokong. Not! Cite Cicakman tidak ditonton di pawagam malah tak ditonton di tv pun sehingga habis walaupun berkali ditayangkan semasa hari raya. Entah kenapa asal tonton aje, tertidur depan tv. Begitu juga dengan filem Cinta Kura-Kura tu pun tak tonton.

29 februari

Tapi entah kenapa filem 29 Februari ni bagai memanggil-manggil. Kalau tengok trailer, macam filem sejarah aje. Dahlah ditayangkan di bulan sambutan kemerdekaan Malaysia. Takut juga jika jalan ceritanya boring tapi tengok ajelah. Semalam di Cineleisure, wah lengang betul. Aneh…betul betul aneh. Dapat berlenggang-lenggok membeli tiket dan memilih seat terbaik. Apabila masuk pawagam, kurang 10 orang menonton. Samada ramai sudah menonton lebih awal atau ramai masih sibuk berhari raya.

Semasa menunggu filem bermula, penonton disajikan degan trailer filem-filem yang bakal ditayangkan. 2-3 trailer filem tempatan dipaparkan di skrin, semuanya filem berasaskan rempit, hantu. Aduh, kembang tekak lalu terfikir…adakah 29 Februari filem spesis ini juga? Aduh, mula rasa menyesal tak buat bacaan review filem dahulu sebelum ke pawagam.

29 februari

Tapi setelah filem ditayangkan, lega kerana ia bukan spesis sebegitu. Berkisarkan seorang budak bernama Budi yang dilahirkan pada 29 Februari hanya meningkat usianya setiap 4 tahun sekali. Bermakna, apabila rakan sebayanya yang lahir pada tahun yang sama sudah berusia 80 tahun, dia baru berusia 20 tahun. Oleh kerana keanehan itu, dia berpeluang melalui dari zaman penjajahan British di Tanah Melayu sehinggalah Jepun menyerang, kemerdekaan di tahun 1957 dan hingga 2012.

29 februari

Dalam filem ini dipaparkan kisah Budi yang jatuh cinta dengan seorang gadis berbangsa cina bernama Lily dan percintaan mereka mendapat tentangan bapa Lily yang hendak menjodohkannya dengan seorang pemuda cina bernama Alex. Budi yang telah kematian ibu dan ayah semasa zaman Jepun duduk di rumah anak yatim bekerja menjual bakul rotan bersama teman baiknya yang buta iaitu Razak.

29 februari

Dek kerana pertentangan itu, Lily melarikan diri dan hilang dari keluarganya. Budi yang mendapat harta pusaka peninggalan ibu bapanya merantau ke Pulau Pinang cuba menjejaki Lily namun tidak berjumpa sehinggalah di tahun 2012 ketika Lily sudah tua.

Nak tahu lebih lanjut korang kena lah tonton sendiri di pawagam sementara ia masih ditayangkan.

Ok, apa yang menarik minat Sherrina mengenai filem 29 Februari ini ialah laluan pelbagai zaman daripada zaman pemerintahan British dimana ditayangkan sedutan dari filem lama yang disimpan di Arkib Negara tetapi dinaiktaraf kualitinya.Sukar juga untuk menilai yang mana dilakonkan semula dan yang mana daripada Arkib Negara. Misalnya babak dimana sekumpulan orang putih bermain kriket di Dataran Merdeka dengan papan tanda di padang tertulis ‘Whites Only’. Macam lakonan semula tapi macam dulu-dulu punya. Entahlah…kalau KRU yang buat, boleh nampak real.

Laluan zaman juga dipertunjukkan melalui pilihan lagu-lagu latar misalnya lagu R.Azmi dan beberapa lagu lain yang mewakili setiap era yang Budi lalui. Oh ya, ini filem muzikal. Jadi jangan terkejut jika lihat ada babak-babak pelakon bernyanyi-nyanyian. Mula-mula dengar memang berkerut dahi sebab macam tak sedap. Tapi bila dah balik, baru mencari di YouTube dan mendengar banyak kali….sedap pula!

Apa lagi yang menarik? Oh ya….babak Dr Mahathir bersalam dengan Budi semasa merasmikan Proton Saga kalau tak silap. Mak aihhhh….camno buek tu?

29 februari

Watak yang paling Sherrina gemari dalam filem 29 Februari ini ialah watak Lily. Rasa aneh pula sebab ada pelakon cina wanita tempatan yang begitu fasih berbahasa malaysia dan mampu menyampaikan dengan intonasi yang sesuai dengan perjalanan filem ini. Gaya, memek muka dan penampilan serta pemilihan Jojo Goh untuk melakonkan watak Lily ni sememangnya ‘perfect’ kerana tak terasa janggal dimana-mana babak pun walaupun tak pernah melihat lakonan beliau sebelum ini. Pakaian dan gayanya pun bersesuaian dengan zaman itu dan boleh kata wajah dia ‘old school’ lah sebab sangat sesuai.

29 februari

 

Scene Razak ‘dimatikan’ adalah antara babak sedih lah. Bila En. Salam datang jumpa Budi di kedai kopi cina dengan keadaan Budi yang masih mabuk dengan 3 botol arak diatas meja, En. Salam memberitahu Razak sudah meninggalkan buat selamanya. Ingatkan dah mati, rupanya Razak muncul semula di tahun 80an sudah berkeluarga dan ada anak lelaki bujang. Cuma Budi yang hanya sempat melihat Razak dari luar kereta tak dapat berjumpa Razak secara fizikal. Mungkin akan menjadi aneh jika mereka berjumpa sebab Razak sudah tua amat dan Budi hanya kelihatan tua sedikit sahaja daripada anak Razak.

Scene tak boleh blah ialah bila Arif (anak saudara Lily) menelefon Budi (Arif bekerja di kedai bunga milik Budi) memberitahu supaya segera ke hospital. Baru nak sedih tetiba Budi menyanyi dengan lagu sedih….tergelak pula jadinya! Cilako betul….tak jadi nak nangis, jadi gelak pulak.

Selain tu part Budi dan Lily yang dah tua menyanyi tu pun agak lucu walaupun sepatutnya romantik. Entah….Lily tu dah jadi tua kerepot, susah nak hayati keromantisan orang yang dah tua tapi mereka boleh buat baguslah. Real aje.

Selain tu scene yang aku suka masa Budi datang rumah Lily nak berjumpa dengan ayah Lily. Last sekali dia naik angin, dia rampas cincin tu dengan garang. Whooaaaa….suka suka suka part tu. Part gaduh kat rumah kebajikan antara Razak, Budi dan kuncu-kuncu ayah Lily pun nampak real.

Overall, cerita ni memang best lah. Boleh bagi 5 bintang lah untuk 29 Februari.

29 februari

29 Februari

Kredit Foto: Facebook 29 Februari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.