Food Review: BBQ Chicken Korean Charbroiled

BBQ Chicken Korean Charbroiled

BBQ Chicken adalah antara restoran makanan segera kegemaran Sherrina sejak mula-mula merasanya di Sri Hartamas kot beberapa tahun lalu. Apabila cawangan BBQ Chicken dibuka di Setiawangsa, Sherrina antara pengunjung setia. Apabila cawangan Setiawangsa ditutup dan dibuka pula di Wangsa Walk, Sherrina masih menjadi pengunjung setia cuma tidak sekerap dulu kerana Sherrina lebih banyak menghabiskan masa di Jusco AU2.

Korean Charbroiled  Antara menu kegemaran Sherrina di BBQ Chicken ialah Hot Hot Drum. Ayam goreng rangup yang pedas manis. Tapi dalam kunjungan yang lalu, Sherrina mencuba BBQ Chicken Korean Charbroiled pula. Fuhh sedap juga! Sosnya manis-manis dan isi ayamnya lembut. Untuk side dishes Sherrina memilih coleslaw dan mashed potato.

BBQ Chicken Korean Charbroiled  Tengoklah betapa juicy dan lembut isi ayam ini. BBQ Chicken Korean Charbroiled  memang patut dicuba oleh penggemar makanan berasaskan ayam.

Kongsikan input anda di ruangan komen jika anda pernah mencuba BBQ Chicken Korean Charbroiled  🙂

BBQ Chicken Korean Charbroiled


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *