Food Review: QThai Steamboat & BBQ Ampang Waterfront

Qthai Steamboat

QThai Ampang Waterfront


Beberapa malam yang lalu Sherrina dan beberapa rakan sekolah CBN makan malam bersama-sama di Restoran QThai Steamboat & BBQ di Ampang Waterfront sempena dua kawan kami yang akan berangkat ke luar negara. Seorang akan kembali ke Sweeden, negara kelahiran suaminya dan seorang lagi akan ke Pakistan atas tuntutan tugas.

QThai Ampang Waterfront Inilah kali pertama Sherrina ke QThai Ampang Waterfront. Selama ini cuma tahu QThai di Dagang Avenue. Lokasinya sangat mudah untuk ditemui. Hanya pandu kereta pada jalan utama Jalan Ampang dimana Ampang Point akan berada di kiri anda menuju ke arah Bukit Belacan. Ia bukan terletak di Ampang Waterfront dimana Restoran Tupai-Tupai atau Old Town Kopitiam berada. Ia terletak di hujung sekali, sudah hampir ke traffic light membelok ke Bukit Ampang dimana anda akan menemui Carrefour Ampang dan jalan tembus ke Hulu Langat kelak.

QThai Ampang Waterfront Jika memandu dari arah KL ke Bukit Belacan, restoran ini terletak di sebelah kiri. Memang dari jauh boleh nampak kerana signboard berlampu neon sangat besar berwarna ungu. Disini ada pilihan ala-carte, steamboat atau steamboat BBQ. Untuk buffet steamboat+bbq ialah RM27 seorang dewasa. Tak ingat pula samada ++ atau nett.

Plihan makanan disini sangat banyak. Malah untuk BBQ sahaja lebih 20 jenis bahan disediakan. Daripada ikan, udang, sotong, ayam daging, makanan laut dan banyak lagi. Belum lagi untuk steamboat. Sebetulnya Sherrina tak sempat nak explorasi semua jenis makanan kerana sibuk berbual dengan rakan-rakan dan kebetulan berjumpa dengan kawan lama semasa di MRSM Terendak yang hendak membeli produk DrSneez iaitu Fly dan Shifa sekeluarga.

QThai Ampang Waterfront

Selain makanan, ada juga aiskrim disediakan. Pun Sherrina tak sempat rasa. Hahaha….nampak gaya kena datang lagi lah disini dan makan semula untuk mencuba semua jenis hidangan.

Parking disini percuma dan banyak parking. Meja juga agak banyak dan kami beruntung kerana dapat meja yang bagus. Mungkin kerana datang di minggu pertama Aidilfitri, orang tak ramai. Tapi Sherrina percaya jika di minggu biasa, kena booking in advance ni.

Kami beransur pulang jam 12 tengah malam. Memang kenyang, puas hati, sedap, berbaloi dengan harga dan lokasi yang elok. Dalam otak ni dah berfikir bila lagi nak ke sana semula. Hahaha….kalau anda peminat BBQ dan steamboat, boleh cuba di QThai Steamboat & BBQ Ampang Waterfront ini.

 

Qthai Steamboat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.