Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Pertama kali mendengar album ini ialah ketika menaiki kereta kak Puteri Sharon Sambarunding. Ketika itu dah rasa tertarik dan sudah fikir untuk membeli tapi dek kesibukan tugas, telah terlupa.

Pagi ini membuka Facebook, terbaca komen rakan lama semasa mengaji di UTMKL iaitu Yun Amnah mengenai dia sedang buat kerja sambil mendengar Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Alamak…baru teringat perancangan lama yang terlupa nak dilakukan.

Siap-siap mahu keluar. Tapi teringat pernah baca di Twitter Hafiz Hamidun yang mana peminat mengadu susah mencari albumnya. Telefon kedai Ezy Video di Taman Melawati untuk memeriksa stok. Aduh, mereka pun sudah kehabisan. Tawakal ajelah menuju ke Wangsa Walk untuk menjenguk kedai video di depan Restoran Popeye.

Belek-belek di rak CD, tak nampak. Hanya nampak album zikir Mawi sahaja. Mahu tak mahu terpaksalah tanya kepada petugas di kaunter berbangsa Cina itu dengan prasangka mereka akan terpinga-pinga mendengar nama Hafiz Hamidun yang tidak sepopular artis terkenal Malaysia lain.

Sangkaan meleset, dengan mudah gadis cina itu menarik keluar CD Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun dari laci dibawah kaunter. Alamak…salah sangka. Maafkan saya ya amoi yang comel. Lepas belek-belek, minta satu unit lagi untuk dihadiahkan kepada seorang kawan yang hendak terbang ke luar negara. Amoi comel pun meminta rakannya mencari album itu di rak.

<a href=

2 unit album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun di tangan. Sherrina minta dia uji kedua-dua unit untuk memastikan CD itu berfungsi dengan baik. Berkumandang ke seluruh kedai alunan suara Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Tanpa buang masa terus bayar dan masuk ke kereta untuk mendengarnya.

Merdu dan enak sekali zikir-zikirnya. Paling Sherrina suka dan putar banyak kali ialah Law Kana Bainana. Boleh dengar berulangkali tanpa jemu.

zikir terapi diri hafiz hamidun

Next boleh cari yang ini pula. Zikir Terapi Munajar Fitri Haris:

Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.