Food Review: KFC Flaming Crunch

KFC Flaming Crunch

Kebetulan pagi tadi sebelum masuk ofis, Sherrina singgah di Giant Ulu Klang untuk beli alat tulis, perut pula berkeroncong. Alang-alang sampai, sarapan dan lunch terus lah. Ternampak KFC dan teringat iklan produk baru yang dilihat di tv beberapa hari yang lalu. Cuba ajelah. Mana tahu sedap.

KFC-Flaming-Crunch

Harga 1 set Snack Plate ini dalam RM12++. Bila dihidu bau aromanya, terbau cornflakes yang dibakar. Eh, macam bau kuih raya pula. Gigitan pertama…..fuhhhhh…..pedas! Pedasnya lain. Macam berapi gitu. Tak tahu lah pedas ala rempah kari ke atau pedas ala cili api. Tapi pedas lah. Juga rangup.

KFC-Flaming-Crunch

Menariknya KFC Flaming Crunch berbanding KFC Hoy & Spicy ialah ianya rangup diluar tapi moist didalam. Berbanding KFC Hot & Spicy yang agak kering didalam isi ayam. Yang ini rasa lebih baik. Apatah lagi dapat yang fresh dimasak sebab antara customer terawal di KFC cawangan Taman Permata itu.

Secara umum, bolehlah diterima KFC Flaming Crunch ni. Pedasnya hinggakan kebiasaannya boleh habis 2 bekas berisi sos Thai tapi kali ini hanya 1 bekas sahaja yang berusik. Itupun diguna untuk kurangkan kepedasan ayam goreng apabila ia bercampur dengan manis sos Thai. Pedas tapi bukan jenis pedas yang Sherrina gemari. Pedas tajam macam ni bikin telinga panas bila memakannya.

Kalau nak tahu, kena lah cuba sendiri. KFC Flaming Crunch.

KFC Flaming Crunch


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *