Kota Tinggi
Nak kata bangun awal pun tidaklah juga sebab bila Sherrina ke ruang sarapan, dah takde orang! Tak lama kemudian nampak Sidi Hamka, Farid dan Hisyam baru turun bersarapan. Ada juga yang lewat rupanya. Hehehe…
Selepas sarapan, kami bergerak ke Restoran Syahirah untuk sesi pagi ini iaitu Sesi Demonstrasi Produk Edymart oleh pembekal Edymart. Best sebab pembekal dicabar untuk buat deo secara terbuka di restoran yang buhan hanya ditonton oleh peserta, tetapi juga oleh pelanggan restoran yang lain. Antara yang menyahut cabaran ini ialah kak Zai Husman yang menunjukkan demo memasak gulai kawah Lunjur Spices, tokey Mee Bandung Batu Pahat dengan demonstrasi penyediaan mee bandung menggunakan rempah Mee Bandung Batu Pahat, Sidi Hamka dengan produk Mini Popia, kak Siti Norhairiza dengan produk Nasgera, Anja Juliah dengan produk Blucotton






Di akhir program ini, dapatlah kami faham mengapa demo itu penting dalam memperkenalkan sesuatu produk baru kepada pelanggan dan menyakinkan mereka untuk mencuba produk tersebut.
Next agenda: Menziarahi Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang dan Shopping di Kg Kemboja.
Selalu membaca dan mendengar kisah sejarah ini tetapi inilah kali pertama menziarahi makam Sultan Mahmud yang mati ketika sedang dijulang ke masjid ini untuk menunaikan Solat Jumaat. Bagi yang tak tahu kisah sejarah ini, carilah. Ceritanya memang menarik. Malah difilemkan pun.

Kami bergerak ke kawasan dipanggil Kampung Kemboja yang terkenal dengan penjualan kain. Disana bukan pergi untuk shopping semata. Kami diberi tugasan untuk mengorek beberapa maklumat daripada peniaga disana. Anja berjaya mendapat semua jawapan yang diperlukan. Antara soalannya ialah bagaimana kampung itu terbentuk, mengapa mereka berniaga disitu dan dari masa mereka mendapatkan bahan mentah (kain).
Sherrina sempat lah sambar 3 pasang kain dengan harga RM50 sahaja untuk ketiga-tiga pasang kain itu 😀

Pulang ke hotel, kami berkemas untuk check-out. Simpan beg di kereta. Bergerak ke restoran untuk makan tengahari dan agenda terakhir ialah seminar HUOE di hotel. Selain dihadiri oleh peserta, ia turut disertai oleh orang yang belum menyertai Hub Usahawan Online Edymart ini dan ingin mendapatkan info lanjut. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Sham Edymart dan Uncle Zin Ali dala seminar ini. Di akhir seminar, peserta berpeluang membeli produk-produk yang ada pada harga promosi.
Sherrina menumpang kereta Sham pulang ke KL bersama Anja dan Kak Siti. Sampai di Tol Ayer Keroh kami bertukar ke kereta Anja pula. Sherrina turun di stesen komuter Seri Kembangan dan mengambil teksi pulang ke rumah. Fuh memang penat tapi sangat berpuas hati.
Leave a Reply