Santai Bisnes
Lepas aje letak barang dan tukar pakaian, kami dibawa ke Restoran Syahirah yang terletak di seberang jalan daripada Rest Inn Hotel. Yuran program ini sudah termasuk dengan makan. Maka kami pun makanlah nasi campur. Selepas makan, Uncle Zin dan anak saudaranya membawa kami ke Air Terjun Kota Tinggi.
Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Melalui kawasan kampung-kampung dikelilingi pokok-pokok hijau. Satu pemandangan yang amat menyegarkan. Yang lucu tu, dah di pertengahan jalan baru Uncle Zin sedar yang kereta kekurangan minyak. Kami tawakkal ajelah sebab masa ada stesen minyak disitu dan nak patah balik sudah jauh.
Tiba di tapak air terjun, setiap seorang perlu membayar tiket. RM7 untuk dewasa kalau tak silap. Terkejut gak sebab mahal juga ya. Tapi untuk kos penyelenggaraan kawasan. Kami park kereta dan menuju ke kawasan air terjun. Geng-geng yang lain seperti Sham Edymart, Anja Juliah dan kak Siti Norhairiza dah bergumbira berendam didalam air terjun.

Sherrina pun apa lagi. Tukar seluar (dah standby pakai seluar mandi siap-siap didalam seluar jeans….hehehe) dan pelan-pelan masuk ke dalam air sungai. Brrr….walaupun dah jam 4 petang airnya masih sejuk lagi.
Walaupun program ini dinaman Santai Gempur, tidaklah 100% bersantai. Sambil berenang-renang itu pun kami diberi tugasan dimana ada hadiah disediakan untuk mengasah skill berniaga kami disini.
Selepas mandi dan membersihkan diri, kami pulang semula ke Rest Inn Hotel. Ada yang ke Restoran Syahirah untuk minum petang. Sherrina pulang untuk berehat sementara menunggu sesi malam.
Selepas Maghrib, kami berkumpul semula dan bergerak ke lokasi untuk melihat kelip-kelip. 4-5 buah kereta bergerak secara berkonvoi menuju ke tempat milik seorang usahawan Melayu yang menyediakan khidmat menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Disitu juga ada restoran dan ruang karaoke. Memang sempoi!

Kami menaiki sebuah bot panjang dan dibawa menyusuri sungai yang agak gelap untuk melihat kelip-kelip. Menurut pemandu bot, tiada jurugambar berjaya mengambil gambar kelip-kelip dengan tepat walaupun dengan kamera yang canggih. Bot menyusur perlahan di tebing sungai untuk membolehkan kami melihat kelip-kelip yang bagaikan lampu pokok krismas dipokok-pokok yang tumbuh di tebing sungai. Malah ada yang terbang dan berjaya kami tangkap! Pengalaman yang hebat!
Selesai lawatan melihat kelip-kelip, kami kembali semula dan makan malam di Restoran Syahirah. Seronoklah masing-masing dapat duduk berbual sebab ramai antara kami cuma berjumpa didalam Facebook aje.
Selesai makan malam, masing-masing pulang ke bilik hotel untuk tidur.
Leave a Reply