Travelog: Kota Tinggi, Johor

Kota Tinggi

Pada 17 dan 18 Mac yang lalu Sherrina buat pertama kainya ke Kota Tinggi, Johor untuk menyertai program Santai Gempur bersama Edymart. Pada mulanya Sherrina nak tumpang sekali dengan kereta bos Sham Edymart tapi bila fikirkan, rasa nak naik bas lagi mudah sebab dah pandai naik bas di Terminal Bersepadu Selatan kan semenjak ke Muar aritu.

3 hari sebelum bertolak, Sherrina ke kaunter tiket Transnasional di Keramat untuk beli tiket. Saja minta single seat kalau ada. Budak tu angguk aje. Entah ada ke tidak, tak tahu le. Lepas bayar (RM32 kalau tak silap), Sherrina pun pulang. Sabtu pagi, Sherrina call teksi untuk ambil teksi ke TBS. Saja naik teksi sebab taknak susahkan sesapa nak anta pula. Lagipun TBS tu ditepi highway MRR2 je yang satu highway dengan rumah Sherrina. Yang lucunya, dah bertahun tak telefon teksi kan. Cari di Google dan bila call, satu suara macho yang menjawab. Perghhh dalam hati rasa impress lah sebab perkhidmatan pelanggan teksi bermutu tinggi. Sekali salah nombor daaa. Rupanya Balai Polis Taman Melawati. Dengan baik hati polis itu memberi no telefon stesen teksi yang terletak di belakang balai tersebut.

Tak lama kemudian teksi pun datang. Perjalanan ke TBS berjalan lancar sebab awal pagi. Jam 8 pagi Sherrina dah keluar. Tiket bas jam 10.00 pagi. Sampai disana, tambangnya dalam RM23. Perghhh mahal juga naik teksi zaman sekarang ni. Tapi kalau naik LRT, tak larat pula sebab selain bawa beg baju, Sherrina bawa satu beg penuh berisi produk Sambarunding.

Sampai di TBS, Sherrina ambil troli dan letak semua beg di troli. Ni yang best di TBS sebab ada troli. Macam di airport. Tolak troli ke ruang tengah untuk lihat papan tanda. Kota Tinggi takde tapi KKT ada. Waktu sama, bas yang sama. Agaknya Kota Tinggi le tu. Rupanya Kulai-Kota Tinggi. Bas tu masuk 2 kawasan. Sherrina naik ke tingkat atas dan lepas di KFC bersarapan pagi. Lepas sarapan, jalan-jalan di kedai serbaneka beli kacang, air mineral dan coklat untuk bekalan dalam bas.

Jam 9.30 pagi Sherrina turun ke ruang bas di tingkat bawah. Alahhhh salah eskelator. Jauh pula nak jalan. Sabar ajelah. Pelan-pelan jalan, sampai juga. Tak ramai orang. Tak sure betul ke tidak, tanya petugas disitu. Betul, bas ke Kota Tinggi berlepas dari pintu 7. Lepak kejap sambil charge hp. Jam 10 pagi, bas pun sampai. Semua penumpang beratur. Tiba-tiba seorang pemuda menyapa. Ler….rupanya Sidi Hamka pembekal Ibnu Mini Popia pun naik bas juga. Ingatkan dia gerak dari Perak. Rupanya dia gerak dari KL bersama seorang kawannya, Farid yang berminat nak tahu mengenai Edymart. Mujur ada Sidi. Dialah yang tolong angkatkan beg masukkan di perut bas.

Bila naik bas, rupanya betullah ada single seat! Di ruang belakang, kerusi disusun berjarak-jarak 3 kerusi dalam 1 baris, bukannya 4 kerusi seperti lazim. Wah, selesa sungguh! Bila bas berjalan, Sherrina pun hidupkan mp3 player dan mula membuka buku yang dah dibawa. Sambil membaca, sambil mengunyah dan sesekali menikmati pemandangan diluar.

5 jam perjalanan, terlewat daripada yang dijadualkan kerana bas berhenti lama di Kulai. Bila turun, rupanya stesen bas ini berbeza dengan stesen bas utama di bandar. Sham Edymart menunggu kami di bandar. Kami gamble aje bawa beg ke tepi jalan. Niat hati nak tahan teksi tapi bas pula yang lalu. Bila ditanya, bas itu ke stesen bas di tengah bandar. Kami pun naiklah. Tambang cuma seringgit.

Sampai di bandar, kami ambil teksi pula ke hotel yang sangat dekat. Rest Inn Hotel. Cukup selesa. Ada wifi didalam bilik. Sherrina duduk seorang memandangkan yang lain semua dah ada partner. Ok jugak, boleh sepahkan barang sesuka hati. Hahahaha…..biliknya kecil aje tapi bersih dan selesa.

Kota Tinggi


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *