Hari ni tak tahu nak lunch dimana. Kepala rasa ting tong, hidung pulak macam paip bocor. Pikir punya pikir, lunch di Pizza Hut lah sebab ada 50% discount promotion.
Sup cendawan masih kualiti asal tapi minuman tu makin kecil gelasnya. Taktik tidak mahu naikkan harga, maka dikecilkan saiz ke ni? Terpaksa order 2 gelas sebab tak cukup.
Spaghetti Carbonara di Pizza Hut. Hmmm…bolehlah. Takat nak kenyangkan perut. Nak kata lazat tu tidaklah. Sos carbonara cair.
Kalau tahu begini, baik balik rumah rebus macaroni dan bancuh cheezy, Lagi puas hati.
Leave a Reply