Perjumpaan Bulanan WENA: Feb 2012

Wena

Pada 9 Feb yang lalu Sherrina menghadiri WENA Monthly Networking Event di Kiara Equestrian. First time ke sana. Hampir sesat juga lah walaupun pakai GPS. WENA ialah Association of Bumiputra Women Entrepreneur Network of Malaysia. Sebuah badan NGO bagi menyokong usahawan wanita bumiputera. Sherrina join WENA sejak tahun lalu setelah diperkenalkan oleh kak Faizah Aziz-Wells. Banyak manfaat yang Sherrina dapati setelah menyertai WENA seperti peluang perniagaan, kursus, networking dan banyak lagi.

Dalam sesi perjumpaan bulanan yang lalu, ia menggabungkan 3 cluster: Shah Alam, Ampang dan PJ. Seronoklah dapat jumpa kawan-kawan usahawan wanita daripada cluster berlainan. Macam-macam dibualkan dan dibincangkan. Lebih menarik kerana ada ruangan untuk mempamerkan bahan jualan.

wena Meja jualan Puteri Sharon daripada Sambarunding

Produk Digital Islamik

Al-Quran Read Pen yang Sherrina bawa untuk demonstrasi. Mendapat sambutan hangat.


Lunjur Spices

Meja jualan Lunjur Spices yang mempamerkan pelbagai produk rempah ratus mudah untuk dimasak.

wena
Kak Faniah sedang melayan pertanyaan rakan WENA mengenai scones beliau yang sedap itu.

Sambarunding

Puteri Sharon sedang menerangkan mengenai produk-produk dibawah jenama Sambarunding.

wena
Program di dewan

Sesi kenalkan diri 15 saat. Dari kiri: Jidda NainiKifli Collection, Zu-Ida Takful Advisor dan Faizah Aziz-Wells daripada Bidding4Charity.

business card unik Acara wajib ialah pertukaran kad perniagaan. Antara kad paling unik yang Sherrina pernah dapati.

ceramah agama

Sesi ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul.

red velvet cake

 Jamuan selepas majlis. Kek Red Velvet. First time dapat rasa. Sangat sedap!

Program berakhir sekitar jam 5 petang. Selepas duduk berbual, jam 6.30 petang baru Sherrina meninggalkan lokasi. Insya’ Allah program perjumpaan bulanan ini akan diadakan disini lagi pada bulan hadapan.

Wena


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *