Muar
Dari utara ke selatan, timur ke barat. Sabah dan Sarawak. Telah ku jejaki. Tapi Muar ini tak pernah pula masuk dalam list travel. Kenapa? Entahlah…mungkin kerana ia tidak terkenal macam Pulau Langkawi atau Kuching. Tapi rupanya banyak sejarah, tempat makan dan budaya di Muar ini yang patut kita semua rasai.
Sherrina dan rakan serumah berempat dipelawa ke Muar menghadiri majlis perkahwinan bekas teman serumah kami yang telah bertemu jodoh dengan orang senegerinya juga. Pada mulanya macam 50-5- nak pergi mengenangkan kerja yang menimbun dan ketika itu pula musim cuti sempena Tahun Baru Cina. Tapi bila member dah belikan tiket bas, kemas baju dan jalan jugalah. Agak excited juga sebab tak tahu apa yang akan dijumpai di Muar ini. Sebelum ke sana, pening juga kepala mencari tempat penginapan kerana segala hotel murah dan homestay sold out! Mujur Hotel D99 masih ada bilik. Walaupun harga sedikit tinggi dek kerana jatuh pada musim perayaan, RM189 untuk menyumbat 4 orang dewasa kira ok jugalah. Sebenarnya, tersangat berbaloi!
Kami bertolak dari rumah sewa dengan menaiki teksi ke LRT Sentul Timur. Tambang teksi dari Bukit Keramat ke Sentul ialah RM9.20. Mahal sikit kerana 4 dewasa dan meletakkan barang didalam bonet teksi. Disana, kami membeli token (ye token..bukan kad lagi ye. Tu zaman dulu kala :p ) LRT ke Bandar Tasik Selatan. Tambangnya RM2.80 seorang. Dah bertahun agaknya tak naik Star LRT nih. Sampai di Bandar Tasik Selatan, kami menyeberangi dengan jambatan khas yang dibina menghubungkan LRT dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Whooaa….first time sampai TBS. Jakunlah jugak :p
Yelah, mana taknya first time. Takde sapa antara kami berempat berasal dari selatan. Sorang dari KL (ye, saya). Sorang dari Kuantan, Rawang dan Sarawak. So first time lah jejak kaki di TBS.
Memandangkan kami awal sejam setengah, maka kami pun berpusing-pusinglah melawat tapak. Mula-mula cari tempat makan. Ada food court. Tapi kecik nye lah. Jenuh nak menunggu meja kosong. Pastu kene ke kaunter untuk tukar wang tunai dengan kad top up. Ye, kat situ takleh beli makanan dengan tunai ye. Gi je ke kaunter berdekatan food court. Berikan sejumlah wang dan anda akan diberi sekeping kad berisi nilai wang yang anda berikan tadi. Bawalah ke mana-mana gerai dan wang akan ditolak daripada kad tersebut. Harga makanan sangat berpatutan dan tidak mencekik darah.
Selepas makan, kami ke terminal 19 dimana bas menunggu. Ada pegawai keselamatan memeriksa dan memastikan hanya penumpang yang ada tiket sahaja turun ke ruang bawah. Masukkan beg di perut bas dan bas meluncur laju meninggalkan ibu kota. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam. Alhamdulillah, kami tak tersekat dalam kesesakan yang biasa berlaku di Lebuhraya PLUS kawasan Seremban kerana bas menggunakan Lebuhraya LEKAS dan exit di kawasan ntah mana tapi tidak sesak.
Turun di Terminal Bas Maharani, tercangak-cangak lah kami mencari lokasi hotel. Mujurlah, dari terminal itu sendiri kami dah nampak bumbung hotel. Wohooo! Jalan kaki aje. Jimat! Melintasi jalan yang sesak itu yang hanya kami aje yang melintasinya dan menyusuri kedai-kedai akhirnya sampai di lobi hotel. Bayar duit deposit dan sewa bilik, kami diberikan bilik di tingkat 1. Best! Biliknya besar dan selesa untuk kami berempat. Paling best sebab ada wifi! Yup….free and high speed internet bebeh! Apalagi, on wifi fi handphone lah.
Lepas mandi dan segalanya yang patut, kami bersiap untuk keluar mencari sesuap nasi. Yelah tu cuma sesuap :p
Selepas bertanya arah kepada kaunter hotel, kami menapak ke Maybank untuk cucuk duit dahulu. Doranglah yang cucuk. Aku tumpang aje. hahahaha…..sambil berjalan tu menikmatilah keindahan bandar Muar ini. Old skool lah. Banyak kedai-kedai lama. Rasa macam jalan di kawasan Setapak 10 tahun yang lalu.

Perut dah berkeroncong. Melalui feedback kawan-kawan di Facebook, kami menapak semula ke terminal bas kerana disana ada gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan. Kami sampai agak awal, maka tidak begitu crowded. Menu pertama yang kami order….tentulah Mee Bandung!
Nikmatnya dapat makan mee bandung yang sedap. Kuahnya pekat. Cukup berperisa. Lauknya cukup. Oh enaknya!



Selesai makan, kami melangkah pulang ke hotel. Mujurlah kami memilih untuk makan di waktu petang. Hujan turun dengan lebat-selebatnya selama beberapa jam di sebelah malam. Pada asalnya nak pergi ke rumah pengantin untuk melihat acara akad nikah terpaksa dibatalkan dek cuaca begitu.
Hujan turun lebat menyebabkan rasa sejuk amat. Tidur tanpa aircond, baru lena hingga pagi.
Satu perkara yang sangat ralat ialah kerana tidak mencuba jus pear. Nampak tertulis pada menu di gerai minuman tapi ntah kenapa tidak terfikir untuk order. Rupanya ia minuman ‘signature’ di Muar. Oh ruginya!
Leave a Reply