Food Review: espresSOUP

EspresSOUP

Ada waktu atau mood tertentu dimana kita tidak berselera untuk makan. Lebih-lebih lagi jika kita berasa tidak sihat. Jika ini berlaku, anda mungkin mahu mencari sup yang sedap. Espressoup adalah jawapannya.

espressoup di Wangsa Walk

Ada pelbagai jenis sup disediakan. Antara yang sudah Sherrina cuba ialah mushroom soup dan pumpkin soup. Mushroom soup disini memang pekat dan sedap bila dimakan bersama dengan Farmer bread. Tapi pumpkin soup tu kurang Sherrina gemari kerana ia manis.

Sup dihidangkan didalam Farmer bread yang keras ini. Tapi roti ini akan lembut bila dimakan bersama sup.
Cara nak makan: Potong bucu roti dan biarkan sup membanjir mangkuk. Roti akan menjadi lembut dan bolehlah potong untuk dimakan bersama sup.

 

Kesimpulannya: Sedap! Bila rasa down, Sherrina akan cari sup ini. Ia sup yang menggembirakan hati (dan semestinya perut….hehehehe). Kalau anda mahu mencubanya, di Wangsa Walk dan Berjaya Times Square ada outlet espresSoup ini. Cubalah EspresSOUP 🙂

2 thoughts on “Food Review: espresSOUP”

    1. Hmmm….lupa lah pulak. Rasanya satu set dengan roti dlm RM15 kot. Alah lupa lah! Tapi berpatutan lah. Sesuai makan dua orang sebab roti tu mengenyangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.