Puss In Boots
Agak lewat bagi Sherrina menonton filem Puss In Boots. Dari seminggu ke seminggu cuba mengatur jadual nak menonton filem ini, dah dihujung-hujung tayangan baru berkesempatan. Ini antara filem yang memang mahu Sherrina tonton ketika mula-mula ia dipromosikan kepada umum.
Kalau anda ikuti siri filem Shrek, anda tentu tahu watak Puss ini. Lincah, nakal, kadangkala kejam dan juga romantik. Especially bila dia mula bulatkan mata dan buat muka cute. Hahahaha….
Secara keseluruhan, jalan cerita filem ini sangat menarik. Ia berkisar kisah dongeng Jack and The Beanstalk. Bagaimana Puss, Soft Paw dan Humpty Dumpty mencari 3 biji kacang hijau yang jika ditanam di satu tempat yang tepat akan menumbuhkan pokok ke langit yang akan membawa mereka ke istana gergasi dimana angsa bertelurkan emas disimpan.
Struktur animasi didalam filem ini juga sangat baik. Sherrina tidak menonton versi 3D. Tapi rasanya pasti hebat. Jalan ceritanya menghiburkan dan ada juga babak yang suspense.
Sherrina berikan 4 bintang untuk filem ini. Best!
Leave a Reply