Ghost Protocol
Ini siri Mission Impossible ke berapa? Entah…tak follow dengan rapi. Tapi memandangkan tak banyak filem aksi dari Hollywood memasuki pawagam di minggu ini, maka Sherrina pilih filem ini untuk ditonton hari ini. Sedang eloklah baru nak masuk minggu merehatkan diri setelah padat dengan training dan pelbagai kerja yang lain.
Hero utama filem ini tak lain tak bukan Tom Cruise lah. Sherrina tak berapa gemar sangat lakonan Tom Cruise ni sebab cara dia membawa watak hero tu agak lain sket. Tak macam hero-hero James Bond especially Craig Daniel yang nampak ‘cold’.
Tapi dalam siri Ghost Protocol ini, Tom Cruise membawakan wataknya dengan bersungguh-sungguh. Takdelah hero yang kontrol macho atau rambut kekal kemas walaupun sudah bertumbuk dengan lawan. Aksi yang ditonjolkan dalam filem kali ini sangat mengujakan dan mencemaskan.
Lokasi terpilih dalam filem ini ialah Dubai, Mumbai dan Rusia. Dapatlah melihat rupa Burj Al Arab dari dekat. Selain daripada itu, pilihan gadget yang digunakan dalam filem ini juga unik dan menarik. Cuma kegunaan kereta dalam ni hanya sebuah aje yang dikategorikan kereta hebat, mewah dan kacak bergaya. Kereta jenama BMW.
Secara keseluruhan, jalan cerita filem ini menarik. Bila difikirkan, apa beza cerita ini dengan James Bond ye? Selain daripada bekerja secara berkumpulan vs bekerja sorang-sorang?
Anyway, kalau korang takde mende nak buat dan mencari filem aksi untuk ditonton, gi lah tengok citer ni. Sherrina kasi 4 bintang untuk filem ini.
Leave a Reply