Banjir di Kuala Lumpur

Banjir

Banjir di Kuala Lumpur

Banjir di Kuala Lumpur. Bukan perkara baru. Hari Selasa menyaksikan hujan turun dengan sangat lebat. Air naik disana sini. Jalan Tun Razak memang terkenal dengan banjir. Macam laut. Kesian mereka yang terkesan dengan bencana alam ini yang berlaku di jalan tersebut.

Semalam Sherrina di Berjaya Times Square. Menyelesaikan bil Digi yang tertunggak, potong broadband. Bye bye Digi. Pastu merewang ke Sg Wang, Low Yat dan Bukit Bintang. Entah bila kali terakhir ke sana. Banyak dah berubah.

Pukul 4.30pm ketika nak beredar, baru perasan hujan turun dengan lebat. Keluar dari parking nak masuk ke area Plaza Pudu, tengok kereta slow sebab air dah naik. Potong ke kiri lalu depan Berjaya Times Square dan masuk semula ke Jln Changkat Tambi Dollah, rupanya air dah naik disitu. Nak lari ke jalan elevated ke Kg Pandan.

Guano ni? Nak pusing balik nak gi mana? Tengok kete depan confident je, tukar gear. Tutup aircond. Jarakkan kereta. Tekan minyak dengan sekata. Perghhh…berombak. Carpet kereta dah sejuk. Tawakkal. Mujur lane kanan tinggi sikit. Sekejap je lalu dalam air. Lepas tu, terus naik ke susur Kg Pandan. Lega.

Di Kg Pandan depan Petronas. Kenderaan bergerak perlahan. Nampak bas berhenti. Aduh, bas rosak ke? Rupanya kereta pakat slow. Tu diaaa….dah macam laut. Berombak dan penuh air didepan Petronas. Aduhhh..ingat nak selesai dah masalah. Rupanya kene lalu lagi. Tengok keadaan, ada yang redah. Tapi tak yakin sebab kali ni jauh gak nak kene lalu. Potong kanan masuk belakang Petronas.

Tatau jalan sebenarnya. Follow je mat motor kat depan tu. Nampak macam ada jalan belakang. Keluar semula di jalan utama di kawasan yang takde air banjir. Fuh lega. Teruskan pemanduan hingga ke Jelatek.

Tadi dengar temuramah KL FM dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ini monsun La Nina. Dijangka hingga Januari. Kalau macam ini, appointment kene buat sebelum pukul 2pm. Lepas tu, takleh berada di atas jalanraya lah. Takut tersekat lagi.

Tapi kalau anda pemilik kereta Perodua dan kereta anda terkandas dalam banjir, anda boleh berterima kasih kepada syarikat pembuat kereta anda. Perodua menawarkan bantuan kepada pemilik Perodua yang terkesan dek banjir baru ini. Beritanya di SINI

Plan nak ke JB rasanya tangguh lah. Dalam cuaca begini, keluarga Sherrina memang tak berani nak gerak tinggalkan rumah. Anytime Sg Ulu Klang depan rumah kami tu akan memuntahkan air. So far so good. Harap tak jadi macam dulu lah.

Banjir


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *