Food Review: Sate Hj Samuri

Sate Hj Samuri

Sherrina suka makan sate. Sate kegemaran ialah di gerai bumbung biru di sebelah stesen minyak Esso Jalan AU5C/7 Lembah Keramat. Kalau ada tetamu datang dan takde apa nak dijamu, ibu Sherrina akan beli sate disitu. Memang sedap.

Sherrina dah lama tahu Sate Hj Samuri kini bukan sahaja berada di Kajang tapi dah buka restoran di kawasan berdekatan Ulu Klang. Outlet terdekat ialah di Platinum Taman Melati dan Platinum Danau Kota. Tapi selama ini tak pernah pun jejak sebab dah set dalam minda Sate Hj Samuri ni tak sedap mana.

Sebelum raya haji. Sherrina di cybercafe Danau Kota. Download fail dan buat kerja. Selepas selesai perut terasa lapar. Tapi nak pergi ke Old Town Danau Kota, takde selera. Nak makan di Mali Char Kuey Tiow, tak sanggup nak beratur panjang. Nampak restoran Sate Hj Samuri di sebelah cybercafe TBun. Cubalah. Tak crowded pun.

Sherrina masuk ke restoran. Menuju ke kaunter. Kene order di kaunter. Dari luar nampak pekerja di dapur sibuk membakar sate atas sebuah pemanggang yang besar. Melihat menu. Banyak pilihan sate rupanya. Ada sate kambing, sate arnab, sate perut, sate ikan dan sate rusa selain daripada sate ayam dan daging. Sherrina pilih sate ayam, sate perut dan sate kambing. Air teh ais. Selepas membayar, Sherrina diberi kuah kacang dan nasi impit sementara menunggu sate dibakar.

sate hj samuriTak lama menunggu, sate pun sampai.

Sate Hj Samuri Surprisingly, sate-sate ni sedap! Sate kambing tu walaupun sedikit tebal tapi memang lembut dan sedap. Sate ayam tu biasa aje tapi sate perut tu memang sedap. Selepas kunjungan pertama ini, Sherrina datang ke sini berkali-kali dalam tempoh 2 minggu hanya untuk makan sate kambing dan sate perut.

Kuah sate itu juga sedap. Boleh dimakan begitu sahaja sebab ia tak pedas. Sambal diberi asing dan kita boleh campur sendiri ikut tahap kepedasan kita. Sambal tu kalau dapat makan dengan ikan goreng, jadi ikan goreng berlado. Sedap seh!

Alamak, rasa nak pekena sate lah. Chow!

Sate Hj Samuri


Posted

in

by

Comments

2 responses to “Food Review: Sate Hj Samuri”

  1. Papa-NtiQ Avatar

    Baru jer upload gambar2 masa makan kat satay hj samuri branch shah alam…bolih la tahan…70sen sebatang…..satay nye biase hanya kuah dan sambal yang kelainan skit dari orang lain…..nanti senang2 tu singgah la yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal review restoren2 yg saya visit….dan jangan lupa follow blog saya yer TQ TQ TQ

    1. sherrina Avatar

      wokeh. thanks for visiting 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *