Sherrina bukanlah penggemar tegar makanan Cina tetapi bila berjumpa dengan restoran yang halal dan sedap, boleh ketagih juga dibuatnya. Memperkenalkan restoran Chinese Muslim Pak Ya.
Kawan Sherrina mengajak makan di situ beberapa malam yang lalu. Lokasinya di dalam Galaxy Mall Ampang. Yang ada pawagam MBO tu. Kedudukannya betul-betul di corner bangunan mengadap balai polis.
Boleh tahan ramai pelanggan yang makan disitu. Kelihatan seorang lelaki Cina memakai kopiah sedang mengambil pesanan. Agaknya itulah Pak Ya. Kami duduk dan membelek menu. Jenuh juga membaca nama-nama masakan Cina. Ada yang paham, ada yang langsung tak paham. Muehehehehe….
Kami pilih:

Mula-mula macam cuak lak nak order ni. Tatau lah rempah apa kan. Sekali hirup….humang aihhh. Berkali-kali nak hirup. Rasa nak hirup dengan straw! Melampau ler tu. Hehehe..tapi memang sedap. Daging tu pun lembut.

Butter prawn ni memang power. Ia dimasak kering. Serdak-serdak tu kalau ratah, memang sedap lah. Tapi still suka butter prawn yang berkuah. Susah nak cari yang sedap. Ada cadangan?
Kesimpulannya, masakan disini memang sedap dan wajib dicuba khususnya jika anda peminat masakan Cina. Oh ya, ada Dim Sum juga dihidangkan semasa minum petang. Selesai masalah mencari dim sum yang halal 🙂
Leave a Reply