3g Video Sex Call

Sekadar hiasan

Korang penah dapat panggilan video 3G berunsur seks tak? Sherrina pun tak penah. Tapi semenjak no hp Sherrina ni publish merata tempat sebab promote bisnes Prodigal Pen dan Kursus Design Facebook Pages, tetiba ada pula panggilan spesis ini masuk.

Satu malam tu tetiba hp Sherrina berbunyi. Nokia E71. Hp member sedekah sebab hp lama dah rosak. Nasib baik ada member yang berhati mulia. Nak beli hp baru agak kekeringan lah kan. So hp tu tak penah le guna video call. Lagipun nak video call ngan sapa. Takde member yang main video call.

Ringtone berbunyi lain pula. Pelik plak. Ingatkan phone rosak ke. Sekali check, video call. Eh, sapa pulak call pakai video call. Bila jawab, keluar video. Blur dengan kotak-kotak pixel pecah. Nak kene tunggu lama sket baru sharp dan nampak. Rupanya video caller tu dok tunjuk anu dia. Come on lah, zaman Google ni ingat orang heran ke dgn anu ko.

Oleh kerana Sherrina taknak muka masuk dlm video call tu, Sherrina biar je phone tu di dapur. Ko main lah anu kau disaksikan pinggan mangkuk tu ye. Kah kah kah…..tak lama 3 minit, dia letak. Kol 4 pagi kang call lagi. Esok tengahari call lagi.

Serius dude, ko dah takde keje lain ke selain dgn main mende tu? Get a life lah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.