Pada 2 November yang lalu, Sherrina sekeluarga ke Restoran Pegaga yang baru aje dibuka di Ukay Boulevard. Urghhh….tergeliat lidah nak nyebut. Ianya terletak di lingkaran MRR2 Ulu Klang laluan Ampang ke Taman Melati. Kedudukannya opposite Zoo Negara.
Restoran ini menyajikan masakan ‘Authentic’ Melayu dan masakan barat. Kami mengunjungi restoran ini pada hari pertama pembukaannya kerana nak celebrate birthday ibu yang jatuh pada 2 November. Kami memesan menu western. Chicken chop dan fish & chips. Minuman pula ialah jus buah-buahan.
Fish and chips ini dijual pada harga dibawah RM15 seingat Sherrina. Oklah, berpatutan. Menggunakan ikan segar yang di fillet. Bukan dibuka dari kotak. Rasanya? Oklah. Rempah ratus tidak begitu kuat menjadikan ikan ini agak tawar. Chips pula, sedang-sedang aje. Tidaklah berbeza daripada gerai-gerai menjual western food.
Chicken chop ini juga dijual bawah harga RM15. Kualiti ayam pun biasa saja. Bolehlah. Tapi sos itu kurang sedap. Masamnya sedikit pelik. Agak mengecewakan.
Walaupun Sherrina bukan penggemar sayuran tetapi sup sayur ini sedap. Kuahnya bagus, sayurnya segar. Menu ini bagus. Cuma kalau ditambah cendawan pasti lebih menarik.
Jus buah-buahan yang disajikan disini juga segar dan menyegarkan. Memang berbaloi!
Secara keseluruhan, menu western disini perlu dibaiki lagi. Untuk sebuah restoran yang nampak high class ini, menu western yang disajikan agak rendah kualitinya berbanding menu western di gerai-gerai beratap zink. Tak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi chef di restoran ini berpengalaman luas di Pulau Langkawi dimana pelanggan disana kebanyakkannya mat saleh. Walaubagaimanapun mengambil kira kehadiran kami adalah pada hari pertama, Sherrina akan datang semula ke restoran ini untuk mencuba semula.
Dari segi dekorasi, suasana restoran ini sangat menenangkan. Bagi perokok yang mahu memanaskan paru-paru, boleh duduk di luar restoran yang terbuka. Bagi yang menyayangi paru-paru mereka, boleh duduk didalam menikmati hawa dingin. Ada wifi juga! Woot! Woot! Dari segi parking, banyak. Tak jadi masalah.
Leave a Reply