Food Review: Chatime

Semasa berjalan turun ke parking kereta di Berjaya Times Square setelah selesai program APEC-YES 2011 pada hari pertama, Sherrina ternampak sebuah kiosk menjual minuman milk tea. Ala-ala Cup Bon. Memang favourite Sherrina!

Masa singgah, ramai orang sedang duduk menikmati minuman mereka. Ada juga yang sedang membaca menu di kaunter. Sherrina pun join sama mendongak membaca papan maklumat:

Alamak…macam mana nak baca ni? Tak paham pun. Rasa di negara asing pulak. Kot ye pun franchise ni daripada Taiwan, takkan papan menu pun takde tulisan ABC. At least English kalau tak nak guna BM (patutnya diwajibkan kan).

Bila sampai giliran, baca menu di meja kaunter. Alamak, muka budak kaunter tu pun garang betul. Cepat-cepat baca menu, order perisa coklat. Bagitau nak saiz regular. Sherrina pun bayar. Setelah minuman siap, Sherrina belek cawan minuman di luar kedai.

Nampak sedap. Dah tak sabar nak minum.

chatime
mana jelly?

Takde jelly? Apa ertinya minum milk tea tapi takde jelly? Tengok balik ke brochure yang sempat Sherrina ambil di kaunter, rupanya nak jelly kene tambah RM1. Huh…nak cakap pun masa amik order! Dah le blur baca papan tanda yang tak difahami

KESIMPULAN: Pastikal maklumat jelas dan mudah difahami oleh semua orang. Unless perniagaan anda memang anda hadkan kepada certain target market sahaja. Minumannya tak sepekat Cup Bon yang lebih sedap siap dengan jelly. Cup Bon Wangsa Walk paling sedap!


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *