Kawan

Siapa yang dalam hidupnya tidak memerlukan kawan, sila angkat tangan? Agaknya berapa ramai manusia didunia ini yang sedemikian. Saya sendiri bukan sebahagian daripada statistik itu. Kawan sangat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kadangkala dalam keadaan yang kita tak sangka.

Bagi Sherrina, kawan diperlukan untuk memberi pendapat dan idea. Itu salah satu antaranya. Dan hari ini Sherrina gembira sebab ada kawan2 yang datang untuk beri pendapat mengenai satu idea bisnes yang Sherrina baru jumpa ni. Bagusnya bila kita mencari pendapat luar, mereka memberinya dari sudut yang kita tak nampak selama ini. Malah kita dapat gubal idea itu menjadi idea yang lebih baik.

Syukurlah jika anda dapat kawan yang baik dan hargailah mereka. Jadi kawan yang baik untuk mendapat kawan yang baik juga 🙂


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *