Filem Contagion dilakonkan oleh barisan pelakon yang terkenal: Matt Damon, Gwyneth Paltrow, Jude Law, Kate Winslet, Laurence Fishburne dan lain-lain. Ianya mengisahkan bagaimana virus yang tak diketahui asal usulnya merebak ke negara Amerika Syarikat dan seterusnya ke seluruh dunia. Para saintis bertungkus-lumus berfikir dan membuat ujikaji mencari penawarnya. Virus ini pula merebak dengan begitu mudah dan begitu cepat.
Filem ini berjalan dengan perlahan dan tenang. Sewajarnya ada kekalutan dan panik melanda tetapi ia disampaikan dengan begitu biasa sahaja. Tidaklah menyebabkan jantung kita berdegup kencang atau peluh memercik didahi. Matt Damon dan Paltrow tidak perlu bersusah payah agaknya untuk melakonkan watak mereka.
Sungguhpun banyak kesedihan dan panik dipaparkan namun ia tidaklah sehebat The Day After Tomorrow atau 2012. Penonton bagaikan dipaksa berlari bersama dengan mereka. Memang ada dipaparkan kekalutan yang timbul apabila pasaraya dibanjiri penduduk yang risau akan keputusan bekalan makanan atau kedai-kedai yang dicerobohi dan dibakar. Jalanraya yang dipenuhi dengan timbunan sampah sarap yang tidak dikutip atau kenderaan yang berpusu-pusu meninggalkan bandar menuju ke…entah kemana agaknya yang mereka fikirkan lebih selamat. Tapi kekusutan itu tak sampai ke jiwa penonton. Rasa tenang aje menontonnya.
Barangkali mereka tidak mahu penonton menjadi panik dan fobia pula selepas menonton filem itu. Fobia memegang tombol pintu. Fobia memegang muka sendiri. Dalam filem ini sempat pula mereka menyindir industri farmaseutikal yang dikatakan mencipta virus itu dan kemudiannya mengeluarkan penawarnya untuk dijual dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Hmm..tak mustahil, kan?
Apa pun pada pendapat Sherrina, filem ini sesuai ditonton di rumah di channel HBO sambil melipat kain baju yang penuh didalam bakul. Matt Damon dan Paltrow barangkali berlakon didalam filem ini sekadar untuk wang tambahan menggantikan rim kereta sport mereka atau membeli beg tangan baru.
Antara quote filem ini yang diingati ialah:
Somewhere in the world the wrong pig met up
with the wrong bat
Leave a Reply