Food Review: Marina Hawaiian Tempura Chicken Nugget

Sherrina ke supermarket Jusco AU mencari sesuatu yang unik untuk dicuba. Ketika melihat-lihat produk di ruangan sejuk beku, ternampak begitu banyak pilihan jenama nugget. Antara yang menarik perhatian Sherrina ialah Marina Hawaiian Tempura Chicken Nugget.

Marina-Hawaiian-Tempura-Chicken-Nugget

Pertamanya kerana plastik pembungkusannya berwarna biru. Lain daripada pembungkusan nugget yang kebanyakkannya berwarna merah atau kuning. Bila dibelek, rupanya produk Marina menghasilkan nugget dengan pelbagai perisa.

Sherrina memilih pek biru iaitu Hawaiian Tempura Chicken Nugget. Menurut maklumat pada pek pembungkusan, ianya mengandungi elemen-elemen Hawaii. Sherrina terbayangkan nenas. Nenas didalam nugget? Is it possible?

Sherrina pun mengambil satu pek dan membayar. Harganya RM12.99 untuk pek 1kg. Semalam di rumah, Sherrina cuba goreng. Sherrina sangat suka kerana nugget ini tidak kering apabila digoreng. Warna kulitnya hanya bertukar menjadi coklat sedikit didalam minyak panas. Ianya tidak menjadi warna oren seperti kebanyakkan nugget. Saiznya juga besar daripada nugget biasa.

Marina-Hawaiian-Tempura-Chicken-Nugget

Hasilnya, memang best. Isinya basah, tidak kering seperti nugget biasa. Dalam setiap nugget ada sahaja inti yang berbeza. Ada yang berisi keju, mayonis dan nenas. Lembut dan sungguh enak. Makan panas-panas begitu sahaja tanpa sos cili pun sudah mencukupi.

Kalau anda ingin mencuba nugget yang berbeza daripada nugget biasa, Marina Hawaiian Chicken Nugget adalah pilihan yang baik.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Food Review: Marina Hawaiian Tempura Chicken Nugget”

  1. Great Clips Coupons…

    […]here are a handful of hyper-links to sites which we connect to because we feel they are well worth browsing[…]…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *