Hari Raya Aidilfitri 2011

Aidilfitri 2011 bagi kami sekeluarga adalah tenang sahaja. Rumah selesai renovation ngam-ngam sehari sebelum raya. Maka kerja-kerja pembersihan rumah giat dijalankan sebelum raya. Nasib baik ada bantuan maid yang diupah untuk datang mencuci rumah. Jika tidak, patah pinggang dibuatnya.

Kemudian, acara rutin setiap kali raya iaitu memasak rendang, merebus nasi impit dan memasak kuah kacang. Pagi raya pula ialah sembahyang raya diikuti oleh sarapan pagi bersama-sama. Tengaharinya pula kami ke rumah pakcik dan malamnya ke rumah makcik. Pada hari raya kedua, saudara-mara berkumpul di rumah kami pula. Kanak-kanak dapatlah bermain mercun dan bunga api sebab kawasan lebih luas dan jauh daripada kesibukan lalulintas.

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *