Food Review: Buffet Ramadhan Restoran Felda D’Saji

Semalam Sherrina menerima jemputan menyertai majlis berbuka puasa pejabat sahabat Sherrina di Restoran D’Saji di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Memandangkan lokasinya sangat dekat dengan rumah, maka tidaklah perlu keluar awal. Jam 6 petang baru nak hidupkan enjin kereta sambil mengemas kereta, dentuman guruh kedengaran di langit. Ambil sahabat dan kawannya di pejabat mereka menuju ke Restoran D’Saji, kami terperangkap didalam kereta selama setengah jam kerana hujan teramat lebat. Hampir jam 7pm, kami mengambil keputusan untuk redah menggunakan payung. Hujang lebat beserta angin, basah juga baju dan seluar. Mujur pakai selipar, terpaksa randuk air yang bergenang disana sini.

Oleh kerana hujan lebat, banyak tempat terbuka di D’Saji tidak dapat digunakan menyebabkan keadaan menjadi sedikit sempit dan kelam-kabut. Petugas restoran terpaksa menyusun semula beberapa buah meja. Mujur kedudukan kami agak jauh daripada tempias hujan. Jam 7.15 malam, Sherrina memulakan operasi menjenguk lauk-pauk yang ada. D’Saji memang terkenal dengan buffet Ramadhan yang bagus. Hampir setiap tahun Sherrina mendapat jemputan berbuka disini. Antara menu istimewa yang paling diingati ialah kambing panggang dan spaghetti carbonara. Sayang sekali tahun ni tiada carbonara.

Takde Carbonara? No fun!

 

Gulai kawah anyone?

 

Ramainya kuih-muih. Macam-macam kaler. Tapi sebutir pun aku tak amik. Lupa.

 

Kambing! The best in D'saji. Siap dengan mash potatoes. Yumm!

 

Air sejuk pakai gelas. Air panas pun pakai gelas. Boleh pikir tak camne nak pegang gelas panas tanpa lecurkan jari? Pasanglah sarung kertas pada gelas ni. Adoi!

 

Macam-macam lauk pauk ada disini

 

kebab! Serius sedap.

 

Harga buffet Ramadhan? Tak sure lah. Saya datang makan free aje. Hehehe…cuba check di website D’Saji di http://www.feldadsaji.com.my/


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Food Review: Buffet Ramadhan Restoran Felda D’Saji”

  1. SYAIFUL NAZLAN Avatar

    As Salam puan,

    Kami ingin menawarkan puan untuk buat review berkenaan Buffet Ramadhan Harian yang ditawarkan oleh Felda D’Saji Sdn Bhd.

    Untuk makluman puan, Felda D’Saji menawarkan empat venue Buffet Ramadhan Harian di :
    1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
    2. Felda Villa, Jalan Semarak
    3. Asmara Penchala, Kg Sg Penchala
    4. D’Saji KL Titiwangsa..

    Sekiranya puan berminat, boleh hubungi saya SYAIFUL NAZLAN di talian 03-2698 8302 @ 013-3860 453.

    Sekian, Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *