First Time Pedicure

pedicure

Selama ini Sherrina sering mengalami kesukaran memotong kuku kaki. So, amatlah malas melakukannya sehinggalah keadaan memaksa. Itu pun buat asal boleh saja.

Sabtu lepas Sherrina melawat charity bazaar yang dikendalikan oleh WENA cluster Ampang. Macam-macam ada dijual. Daripada makanan hinggalah produk kecantikan. Antara yang menarik perhatian ialah perkhidmatan pedicure. Sesuatu yang Sherrina tak pernah cuba selama ini. Memandangkan ada tawaran menarik iaitu RM25 untuk sepasang kaki, Sherrina pun memberanikan diri mencuba. Dalam hati tu takut-takut juga kot sakit ke atau geli.

Rupanya tak sakit langsung! Takde dipotong kuku tu terlebih ke atau apa. Malah sangat lemah-lembut dan cermat. Setiap inci kuku dibelek dan dipotong dengan berhati-hati. Malah permukaan kuku pun dikikis. Tu dia….31 tahun hidup, pertama kali menyental kaki. Hasilnya, amat nyaman sekali!

Lepas ni bolehlah dijadualkan sebulan sekali untuk urusan penjagaan kaki. Takde dah pening-pening nak tertonggeng-tonggeng memotong kuku kaki sendiri.

Satu lagi pengalaman baru dicuba!


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *