Sudah lama Sherrina ingin mencuba sukan menembak tetapi tidak pernah kesampaian. Walaupun ayah Sherrina merupakan bekas tentera, namun Sherrina tidak pernah memegang sebarang senjata api (kecuali permainan…LOL!). Apabila Sherrina menerima undangan daripada syarikat Securiforce Sdn Bhd untuk menyertai acara menembak pada hari Ahad lepas, mana bisa Sherrina lepaskan!
Program dijalankan di Lapang Sasar PGA Cheras. Program bermula jam 10.00 pagi. Program ini adalah acara yang sering dijalankan oleh Securiforce kerana ia sebahagian daripada syarat yang perlu mereka patuhi dalam proses perniagaan keselamatan. Tetamu jemputan diberi peluang mencuba menembak dengan senjata api bagi mendapat pengalaman baru.
Ketika sesi pelawat menyertai acara menembak menggunakan pistol, kami telah diberi taklimat mengenai keselamatan dan cara-cara menggunakan pistol. Cukup mudah. Berdiri memandang target. Masukkan magazine ke dalam pistol. Tuju pada sasaran. Tarik picu dengan perlahan. Tapi bila peluru melonjak keluar, terangkap juga pistol dibuatnya. Tersentak dek momentum yang terhasil daripada proses terjahan peluru itu. Kelongsong peluru juga akan melantun keluar. Kami juga diajar cara memegang pistol dengan betul supaya dapat menembak dengan tepat dan selamat.
Pusingan pertama untuk warm-up, kami diberi 5 butir peluru. Bukan peluru kapur ya. Peluru hidup! Hanya dua butir mencecah hujung target. Selebihnya menjunam ke rumput. Tak puas hati dibuatnya. Sherrina minta instructor menunjukkan sekali lagi teknik memegang pistol dan menarik picu dengan betul.


Selepas itu, 3 butir peluru menghentam target. Satu daripadanya masuk di kawasan hitam di ruang tengah. Tapi tidak bull’s eye. Rugi. Tapi puas hati kerana sudah mendapat ilmu baru dan pengalaman baru. Pistol itu boleh tahan juga beratnya. Bila cuba bertahan lama untuk membetulkan target, tangan mula lenguh dan ketar. Maka peluru pun ke laut lah. Hahaha….

Di hari acara, ia memberi satu kenangan dan pengalaman yang cukup manis dan bermakna. Selain daripada itu dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan mengembangkan jaringan perniagaan juga.
Foto oleh: Azhar DStudio dan Securiforce Sdn. Bhd
Leave a Reply