Banjir-Lumpur-Selut

Hujan lebat yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor pada hari Sabtu yang lalu bukan sahaja telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor tapi juga telah mengejutkan negara dengan berita tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa di sebuah rumah anak yatim.

Kawasan rumah Sherrina juga tidak terkecuali dengan masalah banjir ini disebabkan rumah Sherrina terletak berhadapan sungai Ulu Klang yang mengalir dari Kg Kemensah dan Zoo Negara. Telah banyak kali kami adukan kepada wakil rakyat dan kertas kerja juga telah dihantar untuk mendalamkan sungai ini, tapi tidak berhasil. Jabatan Saliran masih belum respon kepada tuntutan kami. Lebih mengecewakan di atas tanah seberang sungai ini telah dibina dengan bangunan yang pastinya akan menipiskan peluang untuk melebarkan sungai ini.

Akibat daripada hujan lebat selama berjam-jam, air sungai melimpah memenuhi jalanraya. Apabila ia surut, inilah hasilnya:

Yang tinggal hanya lumpur tebal
Makan hari juga nak membersihkannya

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *