Migrate or stay

Tiada ahli keluarga Sherrina berpindah menetap di luar negeri. Paling lama pun mereka akan pergi untuk bekerja selama 5-6 tahun. Tetapi ada beberapa rakan sekolah yang kini menetap di luar negara. Singapura, Hong Kong, UK dan lain-lain. Topik migrasi ini adalah satu topik yang menarik. Ianya kurang dibincangkan dikalangan rakan Melayu kerana tiada rakan di sekeliling Sherrina yang benar-benar mahu migrasi ke negara lain. Ada beberapa cakap-cakap tapi ia tinggal cakap kosong sahaja.

Baru-baru ini, The Malaysian Insider, akhbar online kegemaran Sherrina mengumpulkan cerita-cerita rakyat Malaysia yang memilih untuk meninggalkan Malaysia ke negara lain demi meneruskan kelangsungan kehidupan. Pelbagai alasan dan sebab-sebab diberi. Sherrina sangat suka membacanya. Tetapi melihat kebanyakkan penulisnya berbangsa bukan Melayu membuatkan Sherrina terfikir, adakah pentadbir di Malaysia yang didominasi oleh orang Melayu telah tidak berlaku adil kepada bukan Melayu? Atau adakah inilah yang sepatutnya berlaku kerana Ketuananan Melayu. Sebagai orang Melayu, Sherrina sendiri tertanya-tanya.

Bacalah coretan mereka yang kini hidup di negara orang. Ia membuka mata dan membuka minda.

Living in my kind of country — Kaycee

Why I am thinking of leaving — A

Why I left Malaysia — ES

Giving my family a better chance — Narayan

A desire for a better quality of life — Setec

Why I work and stay overseas — A Bumi

Will you migrate too if you have the chance?


Posted

in

by

Tags:

Comments

4 responses to “Migrate or stay”

  1. Mantoi Avatar
    Mantoi

    Ada ada member Melayu yg dah keje dkt2 12 tahun kat US … dier pun dah dpt PR kat sana .. aku ada tanya dier biler nak balik M’sia for good … jawapannyer … “Nanti lah” …

    Dier dah laki bini dah keje US … anak2 pun lahir kat sana …

    Aku selalu borak ngan dier … just compare gaji & belanja .. tak payah convert … just compare 1 USD ngan 1 RM …

    Gaji aku ngan dier lebih kurang sama jumlahnyer … dier dah beli rumah kat sana .. harga dlm USD230K … aku pun dah ada rumah harga RM230K … bulan2 aku bayar RM1500 .. dier bayar USD1800 ..

    Tapi bila compare tang day 2 day punya benda … jauh giler beza … especially brg2 runcit …. bila dier balik M’sia masa cuti .. mengeluh dier … RM100 kalu bawah shopping runcit … suku troli pun tak sampai … kalu kat sana … Dah nak melimpah dah troli tuhh …

    1. Sharifah Sharina Syed Aswad Avatar

      Tu lah. Skrg bila nak shopping…malas amik troli. Pakai bakul, tu pun berpikir2 apa nak dipilih. Sebab setakat RM100, berapa mende sgt yg lepas.

  2. Apri Avatar

    If the Malaysian education seytsm is not revamped within another few years, most of the students will not be able to perform well in the industrial sectors when they join the private workforce in the future. By reverting back to Bahasa Malaysia as the medium of instruction for science and mathematics, the students who have experienced the seytsm will not be able improve their English to the desired level, as the duration is insufficient for effective implementation.

    1. sherrina Avatar

      Good point, Apri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *