Uikss…lamanya tak update blog. Kene buat marathon update blog le mcm ni. Bermula dengan entry mengenai kem sains Activemindkids yang terkini yang berlangsung pada 9 Mei 2009 di Kompleks 3C bersebelahan Sunway Pyramid. Program ni anjuran Activemind dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Peserta seramai 24 orang dimana sebahagian besar adalah adik-adik daripada Rumah Aman.

Percubaan mengapungkan telur didalam air
Punya semangat sampai tonggeng-tonggeng di lantai
Eksperimen yang ditunggu-tunggu, membuat dan meletupkan gunung berapi
Kem kali ni hanya separuh hari sahaja. Walaupun singkat tapi cukup seronok. Mula-mula dorang agak malu-malu tapi bila dah di hujung waktu, dah macam kenal lama.
Kem berikutnya di kompleks yang sama iaitu kem IT.
Leave a Reply