Kalau sudah dua kali kena…..

Sherrina sentiasa percaya kepada second chance dan forgiveness. Apatah lagi jika ianya adalah satu entiti perniagaan yang baru bertapak di kawasan yang sudah berkembang pesat. Sherrina suka memberi peluang untuk melihat samada mereka akan berubah atau tidak.

Semasa bulan puasa, Sherrina ada pergi bebuka di restoran yang baru dibuka di Wangsa Maju Seksyen 5 (KLSC) iaitu Pizza San Francisco. Sherrina ada membuat ulasan mengenainya disini. Sherrina kecewa dengan kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Beberapa hari yang lalu, cousin Sherrina call ajak mencuba makanan disitu. Dia tatau yang Sherrina dah pun merasa makanan disana. Tapi Sherrina diamkan saja sebab nak tengok ada perubahan atau tak. Besides kali ni Sherrina nak try perkhidmatan Free Wi-Fi yang diiklankan sebesar-besarnya di premis tersebut.

Kami tiba jam 2 petang. Orang tak ramai. Dalam 5 meja gitu yang ada pelanggan. Oleh kerana serik dengan pengalaman yang lalu duduk dibawah tujahan air-cond yang sejuk gila sehingga makanan pun cepat sangat sejuk (dorang ni tak belajar daripada keburukkan restoran Pizza Hut & KFC yang sebelah Carrefour tu. Air-cond tak reti nak control) maka kami pun memilih meja yang hujung sekali. Masih sejuk juga tapi tahankan saja.

Selepas membelek menu, Sherrina mencuba pula Fish & Chips manakala cousin Sherrina memesan spaghetti Carbonara. Itupun setelah 15 minit menunggu pelayan yang tak muncul-muncul sampai terpaksa dipanggil berkali-kali (malulah dengan kedai mamak, belum duduk sudah tunggu untuk mengambil pesanan)

Sementara menunggu makanan, Sherrina buka laptop. Bateri lak cuma tinggal 30%. Pusing-pusing mencari suis untuk charge tapi takde. Tanya dengan pelayan, mereka memang tidak sediakan. Kedekut!! Kemudian minta network key untuk access, diberi yang salah. Kali kedua baru betul Tapi sudah dapat yang betul, tak dapat juga gunakan wi-fi kerana ada masalah. Ia hanya diberitahu ketika Sherrina membuat pembayaran (walhal dorang dah tau awal-awal lagi). Tutup laptop dan borak sahajalah sambil Sherrina membuka satu per satu kisah restoran-restoran yang tumbuh dan bungkus di kawasan KLSC ni.

Makanan pun sampai. Inilah fish & chip Sherrina:

Dengan harga RM13 (belum campur tax kerajaan dan tax service)…lihatlah kualiti fries yang digunakan (kedai mamak Shareezma pun bleh kasi fries yg lagi bagus). Rasanya? Tak worth it, gerai western Bollywood di AU3 boleh buat lagi sedap dari ini dengan harga RM5.


Carbonara. Harga kat RM20 klau x silap. Separuh aje yang terluak. Melekat di tekak dengan rasa yang tidak sebenarnya carbonara. Spaghetti di food court KLCC lagi sedap (lama x gi sana. Ada lagi ke budak cashier India yg muka ala-ala Jaclyn Victor tu)

Sudah kena dua kali…tak datanglah lagi. Kalau kasi free pun fikir lapan belas kali. Sebelum meninggalkan meja, Sherrina tinggalkan tisu bertulis…….. TAK SEDAP!!!


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Kalau sudah dua kali kena…..”

  1. iEyLa Avatar

    seyes..ingat saye je yg rase spageti KLCC paling sedap…
    tibe2 teringin nye la nk berbuka kt sne..

    1. Sharifah Sharina Syed Aswad Avatar

      kan…kan…sangat sedap! saya pun dah bertahun kot tak gi makan kat situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *