New Super Mario Bros

Antara sebab mengapa Sherrina memilih NDSL sebagai handheld pilihan kerana adanya Super Mario. Bagi baby boomers zaman 80an tentu penah main game ni di video game, komputer dan sebagainya. Super Mario adalah antara game yang sangat popular pada suatu waktu dulu.

Terdapat dua watak yang menjadi pilihan iaitu Mario dan Luigi. Mereka ni adalah watak tukang paip berasal dari Itali. Tugas mereka ialah menyelamatkan Princess Peach yang asik kene colek dek dinosaur (ke buaya?) bernama King Bowser.

Permainan Super Mario telah melalui banyak perubahan daripada permainan asal sehingga ke versi terkini. Ia telah dijadikan sebagai komik, program tv dan sebagainya. Super Mario suatu ketika dulu adalah fenomena bagi mereka-mereka yang meminati permainan ini.

Nintendo DS juga telah memperkenalkan versi baru Super Mario iaitu New Super Mario Bros. Tujuan permainan masih sama iaitu melalui daripada satu ‘World’ ke ‘World’ yang lain demi untuk menyelamatkan Princess Peach.

New Super Mario Bros kali ini masih mengekalkan banyak identiti asal Super Mario tetapi telah ditambah dengan pelbagai elemen yang menarik antaranya cendawan besar yang menjadikan Mario besar seperti gergasi, cendawan biru kecil yang menjadikan Mario bersaiz sangat kecil dan mudah melantun apabila melompat, kura-kura biru dimana Mario akan mempunyai cengkerang dibadannya membolehkan dia menyorok didalam cengkerang apabila perlu dan banyak lagi.

Terdapat 8 World kesemuanya yang perlu dilalui untuk melengkapkan permainan ini. Tetapi ada juga cara untuk skip World tertentu. Sherrina tidak melalui World 4 dan 7. Bagi yang pernah main Super Mario dan sentiasa frust sebab susah untuk melepasi tahap-tahap yang sukar especially World 7 dan 8, anda perlu mencuba New Super Mario Bros ini. Bagi Sherrina kesukarannya tidaklah seteruk versi lama. Kalau sebelum ni Sherrina tak pernah melepasi World 7, tetapi dalam permainan ini agak mudah juga Sherrina sampai ke World 8. Masih belum complete game ini tapi tengah berusaha untuk ke pertemuan dengan King Bowser.

Yang seronoknya game ini, kurang rasa frust kerana asik tak dapat melepasi sesuatu tahap. Setelah beberapa kali percubaan (dan dengan bantuan Walkthrough), bagi Sherrina versi kali ini lebih menyeronokkan kerana kita seolah-olah diberi peluang untuk memenangi permainan ini.

Bagi mereka-mereka yang suatu ketika dahulu selalu layan permainan Super Mario, anda mungkin nak mengimbau semula kenangan di masa muda dahulu dengan mencuba versi New Super Mario Bros pula 🙂

Links:
My New NDSL
Sejarah Super Mario
New Super Mario Bros Walkthrough


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *