Tiang Besi Ke Tiang Simen?

Petang tadi hujan renyai-renyai. Awan gelap aje. Berat. Nampak macam nak lebat. Lepas makan di Restoran Damai, aku and member berlari dalam rintikan hujan menuju ke kereta. Aku drive menuju ke Jalan Genting Klang. Didepan dah nampak kerlipan lampu merah disana sini. Jem.

Lari masuk ke jalan Wangsa Maju menuju ke Jelatek. Ketika mendaki bukit berdekatan Carrefour, menunggu giliran di lampu isyarat untuk membelok kanan ke Setiawangsa-Jelatek, kawan aku tunjuk. “Tengok lampu tu”

Alamak….nape plak lampu jalan di terjuntai begitu. Mujur kereta aku dibelakang sikit. Kalau betul-betul bawah lampu tu, sure cuak habis. Bila lampu bertukar hijau, aku pun pecut..takut woo buatnya time tu jugak lampu tu nak jatuh.

Sebagai warga yang prihatin, aku pun mendail 15454 iaitu hotline TNB untuk melaporkan kejadian tu. Dengan menggunakan handfree aku mendengar. “Giliran anda 31” Mak aii..ramainya org yg call TNB. Aku cuba sekali lagi. Suara seorang lelaki menjawab…

TNB: TNB, Selamat Petang
Aku: Hello, Selamat petang. Saya nak buat laporan pasal tiang lampu lah
TNB: Tiang lampu tu batangnya besi ke simen?
Aku: Kenapa plak?
TNB: Kalau batangnya besi, tu TNB punya. Kalau simen, majlis perbandaran punya
Aku: Tak pasti lah encik. Tapi lampu tu kat wangsa maju….
TNB: Cik pastikan dulu tiangnya besi atau simen, pastu call balik…tooott (talian mati)
Aku (dalam hati): Siot.

Punya banyak cara nak bezakan jenis-jenis tiang, simen dan besi gak yg digunakan. Nape tak warnakan tiang tu. Tiang biru TNB punya dan tiang merah majlis punya. Lantaklah, aku dah call. Camno nak cam jenis tiang dalam keadaan hujan-hujan. Nak suh aku pi lekatkan magnet kat tiang tu utk check besi ke simen?

Mental note: Jangan lalu lagi disitu sampai lampu tu dah dibaiki ataupun dah….ngeee…….


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *