Training in Papar, Sabah-Day 1

Sekali lagi kami dijemput ke negeri di bawah bayu. Kalau yang lepas di Kota Kinabalu, kali ni 30km dari KK iaitu di Papar. Kali ni kumpulan agak besar iaitu 5 trainers kesemuanya dari KL dan 2 orang wakil syarikat. Trainers agak ramai kali ni kerana ada 5 kelas kursus IT yang berjalan serentak di tempat yang sama iaitu 3 kelas Asas ICT dan 2 kelas Microsoft Access. Terbang ke Sabah dengan menaiki Air Asia pada jam 10.20 pagi pada hari Ahad, 10 Jun 2007.

Perjalanan selama 2 jam 30 minit agak membosankan. Nak dengar MP3 lupa lak yg semua MP3 simpan dalam handphone. Sah takleh nak dengar sebab handphone tak dibenarkan di pasang semasa penerbangan. Mujur ada buku yang dijumpai semasa mengemas almari. Dalam masa 2 jam 30 minit sempat khatam buku The RescueNicholas Sparks.

Kapal terbang mencecah landasan Kota Kinabalu pada waktu tengahari. Cuaca panas. Dua buah kereta menjemput kami di lapangan terbang untuk membawa kami ke Summerbay Resort yang terletak di Melingsung, Papar. Perjalanan sejauh 30km sangat mengasyikkan melihat pembangunan yang rancak di kawasan sekitar. Harga hartanah disini mahal-mahal jugak, setanding di KL.
tulisan


Sampai di Summerbay kami disambut oleh Cik Kathy iaitu urusetia Unit Latihan bagi Jabatan Pelajaran Sabah. Check-in dan kami 4 orang perempuan ditempatkan didalam satu apartment yang sama. Apartmentnya bersih dan cantik. Ternyata pihak resort mengambil inisiatif untuk memastikan interior apartment dalam keadaan baik dan bersih (except bilik Iskandar yg berbau lipas dan banyak lipas..eeeee)



Selepas mandi dan makan tengahari yang ditapau oleh wakil sykt, sempat tido sekejap sebelum mandi dan bersiap untuk makan malam. Satu perkara yang best mengenai Sabah ialah makanan tidak mengecewakan. Mesti sedap dan kami sangat menantikan apa agaknya lauk yang dihidangkan di setiap kali waktu makan.

Taklimat kursus dijalankan pada jam 8.30 malam. Selepas sesi berkenalan dan pembahagian tugas, majlis bersurai dan semua peserta ke dewan makan untuk minum malam. First time tido nyenyak pada malam pertama outstation kerana kali ni beramai-ramai menginap satu apartment. Selama ni payah nak lena sebab sorang-sorang dalam hotel.



Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *