Trip to Kota Kinabalu – Day 1

Satu lagi siri IT training. Kali ini Kota Kinabalu pula memanggil. Panggilan disahut pada 21 Mac 2007 dengan penerbangan ke KK pada jam 10.15am. Bertolak ke KL Sentral pada jam 6.30am dan sangkut pula di kesesakan trafik kerana hujan lebat. Sampai di KL Sentral jam 7.30 dan naik bas Skybus (terpaksa ambil kerana bertolak lebih awal dari Aerobus) pada jam 7.45. Sampai di LCCT pada jam 8.45am, sempat sarapan di MacD dan terjumpa rakan CBN lama iaitu Hazrina. Sembang punya sembang, 9.30am pasukan training sampai dan check-in barang. Leader nak sarapan plak, kol 10.10 masuk ke terminal tanpa menyedari kami terlewat dan akibatnya kami sekali lagi glamour di LCCT kerana nama dipanggil berkali-kali.

Kali ini agak relax sikit kerana kami pergi sebagai trainer sahaja tanpa perlu membawa perkakasan komputer. Aku cuma bawa luggage bag dan beg sandang utk isi barang shopping.

Penerbangan ke KK mengambil masa 2 jam 30 minit. Mujur Iskandar ada bawa extra buku. Sempat menghabiskannya di sepanjang perjalanan itu. Tajuknya ialah Cerita-Cerita Motivasi Untuk Kekuatan Diri. Bagus betul buku tu, asyik membaca tak sedar dah nak landing.

Cuaca di KK nyaman sekali. Disebabkan kedudukannya di tepi laut, terik mentari tidak terasa sangat kerana angin bertiup. Kami menaiki Toyota Innova menuju ke Tang Dynasty Hotel dan check-in. Semasa di sana berlaku sedikit masalah dimana rupanya tempat kursus telah di tukar ke Berjaya Palace di Karamunsing. Errkk…kecoh le sikit tapi settle. So ended up kitorang tido di Tang Dynasty satu malam dan keesokan harinya baru check-in Berjaya Palace.

Petangnya aku dan Iskandar jalan-jalan di sekitar kawasan itu. Best sangat hotel ini sebab selain daripada selesa ia juga berkembar dengan shopping complex. Makan memang takde prob (nasib baik sebab makanan kat hotel ni tak sedap). Kitorang jalan kaki ke CenterPoint untuk makan di food court yang menyediakan banyak juadah yang sedap2 taraf hotel pada harga yang murah.

KK ni boleh dikira sedang membangun. Banyak sungguh shopping complex dibina di sekitar bandar KK. Lepas makan kitorang jalan kaki ke Filipino Market. Singgah di kedai cenderamata, berkilau mata melihat produk-produk mutiara,. Sempat beli gelang dan brooch mutiara yang boleh ditawar harganya. Pastu kitorang singgah di pasar membeli kopi Tenom yang popular di Sabah. RM 5 untuk sepeket besar. Beli dua peket percuma 1 peket kecil. Mamat yang jual tu pun baik dan ramah.

Pastu singgah di pasar basah survey harga udang. Perghh….nasib baik udang di KL mahal-mahal belaka. Kalau murah mcm di KK, ada nye aku makan hari-hari…darah tinggi le jawabnya. Pastu jalan ke pasar di situ untuk makan ABC dan menikmati pemandangan di tepi laut.

Petangnya setelah penat berjalan, lepak kejap di 7-Eleven di kawasan Api-Api apartment dan dijemput oleh trainer ke-3 yang tinggal di KK ni iaitu kak Rafidah. Balik ke hotel untuk mandi dan malamnya kami Berjaya Palace untuk sesi taklimat lepas tu ke Filipino market semula untuk menjamu ikan bakar dan sotong bakar yang sangat sedap dan bertambah sedap kerana ada orang belanja..hehe…


sos ni dibuat bila kita order ikan bakar. Perghh sedap dan pedasssss…..


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *