0800: Bangun dengan tenang, tak perlu terkejar-kejar kerana kursus telah tamat. Dapat extend sehingga hari ke lima sebab tersalah dapat info. Ingatkan kursus sehingga Khamis rupanya cuma sampai Rabu. Since tiket flight dan bayar, hotel dah tempah….malas nak rush2. Lepask sehari lagi dan mengambil peluang berjalan-jalan. Takdelah rushing sangat pun, kalau tak mau pengsan.
Sarapan pagi dengan tenang, pulun makan segala yang ada (kecuali nasi lemak). Bersantai sarapan sampai 0930.

Bandaraya Kuching ni terkenal dengan roundabout dan saizya besar-besar. Boleh buat beberapa buah rumah didalam roundabout tu. Maklumlah tanah banyak, sebab tu leh buat roundabout besar-besar. Bandarnya juga cantik dan bersih. Setelah semua penumpang turun, kami booking van Abg Hassan untuk ke Muzium Kucing.
Muzium Kucing ini adalah tempat yang mempunyai segala sumber mengenai kucing dari sejarah sehingga ke semua jenis-jenis kucing yang ada. Macam-macam cerita, makan masa sejam juga untuk habis menjelajah semuanya. Tiada yuran masuk cuma dikenakan RM4 bagi kamera. Sangat berbaloi datang jauh untuk ke muzium ini. Macam-macam cerita seperti kucing akan direndam dalam air sehingga hampir lemas untuk meminta supaya hujan turun dengan lebat. Kucing bertenggek di atas bumbung bermakna ada orang didalam rumah itu yang akan mati dsbnyaa…
Antara artikel yang menarik ialah bagaimana seorang Jepun bernama Satoru Tsuda menjinakkan dan melatih kucing-kucing terbiar untuk beraksi dan dibuatkan kostum seperti pemain muzik rock, penunggang motosikal dan sebagainya dan dijadikan poster. Ianya menjadi hit dan popular di satu waktu dulu sehingga beliau menjadi jutawan hasil daripada poster-poster aksi kucing yang dihasilkannya. Dulu ingatkan ia trick komputer rupanya kucing betul yang dilatih supaya beraksi. Hebat!
1200: Selesai melawat ke seluruh muzium, naik semula van dan singgah di pasar tamu Satok untuk memborong ikan terubuk masin. Harganya bagus dan di pek dengan kemas supaya sesuai dibawa masuk kedalam kapal terbang. Kalau nampak papan tanda UITM, itu bukan nama universiti ia. Ia bermaksud Usahawan Ikan Terubuk Masin…kelasss!! Kami siap diberi extra ikan dan ikan tambahan secara percuma. Ikannya fresh dan bila bawak balik ke KL dan goreng, perghhhh…..sedapp. Terima kasih, semoga murah rezeki anda 🙂
1230: Balik semula ke hotel, kemas barang dan check-out. Abg Hassan dan vannya sedia menanti untuk bawa kami ke Batu 7 untuk membeli cenderamata. Van beliau penuh sesak dengan 7 bagasi kami.
1530: Check-in dan hantar luggage untuk masuk ke kargo. Kemudian makan tengahari di KFC dan lepak sekejap sebelum masuk ke balai berlepas. Beratur punya lama menunggu penumpang-penumpang Air Asia turun dari kapal terbang sebelum kami dibenarkan masuk. Hawau sungguh kerana eskalator tidak berfungsi dan terpaksa mengangkat beg-beg berat yang hendak dibawa masuk ke kapal terbang sebelum berlari di landasan menuju ke kapal terbang. Budget plane sungguh lah, mcm naik bas.


Bestnya dapat jalan-jalan pergi Kuching 🙂
Leave a Reply